Apabila ibu-ibu menyusukan bayi, perhatikan tanda-tanda penyusuan ibu yang berkesan seperti berikut:
1. Tanda Penghisapan yang Berkesan
a. Hisapan perlahan dan dalam
b. Nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan
c. Dengar bunyi bayi menelan
d. Hisapan cepat dan cetek
Kekerapan Penyusuan
a. Susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuannya
b. Sentiasa bersama bayi supaya boleh menyusukannya dengan kerap
c. Minggu pertama – susukan bayi lebih kerap
d. Bayi yang tidur lama (lebih daripada 2-3 jam) perlu digerakkan untuk disusukan
e. Menyusu kerap pada waktu malam
Purata penyusuan 8-12 kali dalam 24 jam
Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu
Bayi berhenti sendiri apabila kenyang
Penyusuan kerap 8-12 kali dalam 24 jam
Kencing lebih 6 kali dalam 24 jam
Kekerapan membuang air besar yang normal (4-8 kali dalam 24 jam)
Bayi kelihatan puas, ceria dan kulit bayi sihat
Payudara ibu penuh sebelum menyusu dan ‘ringan’ selepas menyusu
Memberhentikan Penyusuan
Biar bayi melepaskan puting payudara dengan spontan
Payudara kedua diberi selepas bayi selesai menghisap payudara pertama
Berikan kedua-dua payudara secara bergilir selagi bayi hendak terus menyusu
Jangan alihkan bayi dari payudara selagi dia sedang menyusu kecuali untuk membetulkan pelekapan
Untuk memberhentikan pelekapan bayi, masukkan jari kelingking ke tepi mulut bayi untuk mengeluarkan puting payudara dari mulutnya
No comments:
Post a Comment