Jenis-jenis muntah yang dialami oleh bayi ialah:
- ~Possetting (jeluak) - Ia berlaku apabila bayi anda terjeluak susu selepas menyusu. Ini adalah keadaan biasa di peringkat beberapa bulan pertama umur bayi dan tidak membahaya.
- ~Reflux (muntah meleleh) - Terjadi apabila jumlah susu yang diminum dikeluarkan semula dengan banyak oleh perut secara perlahan-lahan. Ini disebabkan oleh injap yang memisahkan perut dengan kerongkong terbuka secara tidak sengaja dan biasa berlaku.
- ~Projectile vomiting (muntah memancut) - Berlaku apabila isi kandungan perut bayi keluar secara spontan melalui mulut. Jumlah yang dikeluarkan selalunya banyak.
Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun. Malah, ia bukan luar biasa untuk bayi yang baru dilahirkan mengalami muntah atau muak selepas penyusuan selain batuk dan masalah pernafasan. Masalah reflux akan semakin berkurangan apabila umur bayi semakin meningkat.
Apa yang menyebabkan muntah?
Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.Gejala dan simtom
- ~Keluar secara 'effortless'
- ~Muntah terjadi sebaik minum susu
- ~Muntah selepas sendawa
- ~Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum
Tip untuk kurangkan muntah susu
- ~Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
- ~Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
- ~Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
- ~Elakkan menimang bayi atau mendudukannya ke kerusi bayi selepas menyusu.
- ~Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
- ~Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
- ~Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
- ~Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
- ~Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
- ~Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
- Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
- Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
- Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.
Bila perlu jumpa doktor?
Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.Tip untuk menyusukan bayi
- ~Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.
- ~Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
- ~Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
- ~Pakaikan lampin dengan lebih longgar
- ~Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit
No comments:
Post a Comment