1. Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 pagi, sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti bayi anda kekurangan air pula. Tutup mata bayi supaya tidak terkena silau.
2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran yang ada dalam tubuh bayi dapat disingkirkan dengan lebih cepat.
3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar, yang akan sama-sama keluar dengan kekotoran yang ada dalam tubuhnya.
4. Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.
5. Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas dimandikan, bilas dan bersihkan. Mandikan bayi dalam berapa hari.
6.Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus dan beri minum pada bayi anda sekali sehari.
No comments:
Post a Comment