Wednesday, February 23, 2011

Tip-tip bayi anda tidur lena

Bayi yang tidak sihat, lazimnya sukar untuk tidur lena samada siang atau malam. 'Tidak sihat' biasanya merujuk kepada masalah deman, selsema, ruam, batuk, baru nak tumbuh gigi atau kolik [kembung perut].

Cuba anda redakan bayi dengan tip - tip di bawah. Sekiranya masalah berlanjutan, rujuk doktor dengan segera. CEGAH SEBELUM PARAH !


  1. SELSEMA tidak kira waktu atau usia. Bayi lebih mudah dijangkiti selsema. Bayi sukar tidur malam mungkin kerana kesukaran bernafas ! Cuba beri kelegaan dengan meletakkan balm / vicks pada celah / keliling hidung / dada atau mana-mana bahagian yang tidak selesa pada bayi anda.
  2. RUAM ! Longgarkan pemakaian pampers atau gunakan kain lampin biasa [napkin] sementara waktu. Sapukan ubat anti ruam [yang popular - calamine lotion]. Kerapkan juga tukar pampers / napkin pada waktu malam. Bayi akan tidur lena dengan selesa.
  3. KOLIK [kembung perut] memang sering terjadi. Tidurkan bayi anda secara meniarap dan sapukan ubat khas di bahagian perutnya [yang popular - minyak yu yee cap limau].
  4. BATUK ! Elakkan suhu bilik tidur bayi terlalu sejuk. Pastikan juga bilik tidur bayi anda bersih dari habuk kotoran. Sebelum tidur, jangan lupa berikan ubat batuk kepada bayi anda dan sapukan sedikit balm / vicks di dadanya untuk melegakan pernafasannya dan kurangkan kekerapan batuk.
  5. GUSI BENGKAK, tanda gigi mula tumbuh. Berikan teether yang telah disejukkan di dalam peti ais. Bayi akan rasa selesa.
  6. DEMAM biasanya terjadi apabila anda dapati suhu badan bayi melebihi 39 darjah celcius. Sebelum tidur, berikan ubat demam dan sejukkan badannya dengan mengelap badan bayi dengan kain basah. Pakaikan bayi anda dengan baju yang nipis. Pastikan bilik tidur tidak panas / berbahang !
  7. Elakkan bayi anda bermain di tempat tidur nya. Maka, sediakan suatu tempat yang khas untuk bayi tidur dan berehat. Secara psikologi nya, bayi akan tahu itu adalah tempat untuk dia tidur. Dan dia akan tidur dengan selesa tanpa memikirkan hal lain.
  8. Mandikan bayi dengan air suam. Urutkan badan bayi dengan baby oil di seluruh badannya sebelum tidur. Lakukan ini secara konsisten. Bayi akan tidur dengan lena.
  9. Berikannya susu suam sebelum tidur.
  10. Pastikan suasana nyaman, senyap dan tenang untuk melenakan bayi anda. Jika boleh, pasangkan muzik yang perlahan dan pencahayaan yg paling minima.
Bila bayi tidur lena, badannya akan sihat dan cergas di keesokkan harinya. Ini meransangkan minda yang cerdas !

No comments:

Post a Comment