Thursday, March 17, 2011

Tips menangani anak merajuk

Bagaimana cara anda menangani kerenah anak yang suka merajuk? memujuk atau memukul? Kalau pukul, gerenti ke dia berhenti merajuk atau makin parah merajuknya. Kalau dipujuk pula, sampai bila nak dipujuk...habis pujuk merajuk balik.... Itulah yang selalu aku alami tentang anak-anak aku berdua ini. Kadang kadang tu pening juga kepala memikirkan cara nak tangani anak yang sedang merajuk. 

Dibandingkan Syifa dan juga Ilham, Sifa lebih senang dipujuk berbanding adiknya. Sekali saja kita panggil nama dia terus datang. Ilham pula, kalau merajuk dengan mama maka mama lah yang kena pujuk. Dia akan menjerit sekuat hati kalau orang lain yang memujuknya. Syifa pula walaupun mudah dipujuk, tetapi suka berkurung dalam bilik dan bertindak mengunci pintu bilik apabila merajuk...emmm...macam mana nak melayan kerenah anak merajuk ni....

Elakkan Dari Anak Merajuk

Sepatutnya kita mesti elakkan anak kita dari merajuk sebelum dia mula merajuk. Maksudnya, cuba penuhi segala kemahuan anak kita. Apa yang dia mahu, apa yang dia minta dan apa yang dia maksudkan. Dengan cara itu kita dapat mengelakkan dia dari merajuk. Bingit telinga kalau anak start berdendang tangisan....

Cuba Kenali Punca Anak Merajuk

Seandainya anak sedang merajuk, cuba selidik apa yang menjadi punca menyebabkan dia merajuk. Tanya anak anda dengan nada lembut dan kasih sayang. Jangan sesekali bertanya dengan kasar atau dengan nada perli. Anak kita sudah boleh memahami apa yang kita maksudkan.

Pujuk Anak Yang Sedang Merajuk

Pujuk lah anak anda yang sedang merajuk dengan sebaik baik pujukan. Elakkan dari terus memarahi, menghukum atau memukul anak anda kerana hal ini akan menambahkan lagi dia merajuk. Lebih teruk lagi, mendatangkan trauma kepada anak tersebut.

Sudah Dipujuk Tetapi Masih Lagi Merajuk....

Jika kita sudah memujuk tetapi anak masih lagi merajuk...biarkan dia seketika. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan masa untuk bersendiri untuk menenangkan diri sendiri. Jika dia berada di dalam bilik, biarkan seketika. Mungkin dalam 5 hingga 10 minit. Selepas itu barulah dipujuk semula.

Anak Tetap Berkeras dan Masih Merajuk

Jika sudah sampai ke tahap ini (tak makan saman), cuba suruh orang lain pula untuk memujuk anak anda, bapanya kah, maid ke, kakak, atok atau sesiapa yang dia rasa senang. Macam aku, kucing yang ada dalam rumah ni aku letak dekat anak yang sedang merajuk tu...sure dia cair punya tengok muka kucing tu...mesti dia tak sampai hati nak sepak terajang kucing tu kan....

Jika semua cara masih juga tidak berkesan, tidak salah jika kita menggunakan sedikit kekerasan. Bukannya hendak menakut-nakutkan anak, cuma sekadar mengajar. Iyalah anak kalau dimanjakan dengan keterlaluan nanti akan menjadi 'Anakku Sazali' pulak kan. Selepas keadaan reda, kita kena terangkan pada anak tersebut rasional kita berkeras dengan dia dan apa salah dia agar si anak sedar akan kesalahannya....

2 comments: