Monday, April 21, 2014
Tak nangis pipi ditusuk besi
Tolong nasihatkan anak-anak supaya berhati2 dimana jua mereka berada...
Kota Kinabalu: Seorang murid Tahun Empat Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart, Kota Kinabalu, nyaris maut apabila sebatang besi sepanjang satu meter tertusuk di pipinya dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain di luar kawasan sekolah bersama rakannya sebaik selesai seisi persekolahan.
Namun, salah seorang rakan mangsa dikatakan terpijak penutup longkang berjalur besi yang reput hingga menyebabkan salah satu batang besi terjungkit.
Pada masa sama, mangsa yang melintasi longkang berkenaan tidak menyedari besi berkenaan lalu tertusuk sehingga menembusi pipinya.
Keadaan itu menyebabkan beberapa murid yang melihat kejadian itu menjerit ketakutan sebelum beberapa ibu-bapa yang kebetulan berada di situ memaklumkan kepada pihak sekolah.
Beberapa ibu-bapa yang turut menyedari kejadian itu turut membantu menenangkan mangsa.
Menurut saksi, sepanjang besi berkenaan tertusuk di pipinya, mangsa tidak menangis dan hanya mendiamkan diri.
Berikutan keadaan mangsa yang semakin lemah, orang ramai kemudian mengambil keputusan untuk mematahkan besi yang sudah berkarat itu sebelum mangsa dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).
Mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan mengeluarkan besi itu di HWKKS.
Sumber : Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment