Tuesday, April 15, 2014

Van bawa budak tadika menjunam ke dalam loji...


Hari ini (15/4/2014), Malaysia dikejutkan dengan kejadian van yang menjunam ke dalam loji di Taman Universiti, Skudai, Johor. Kenapa perkara ini terjadi sedangkan pemandu ini membawa banyak nyawa yang kecil2 semuanya, dan adakah kecuaian menjadi penyebab perkara yang tidak sepatutnya ini terjadi. Sedih betul la...

Sumber : Kosmo Online

JOHOR BAHRU - Seorang budak lelaki tadika kemas berusia empat tahun maut apabila van sekolah dinaikinya bersama lima murid lain tiba-tiba menggelongsor ke belakang sebelum terjatuh ke dalam kolam kumbahan di Taman Universiti, Skudai di sini semalam.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar manakala lima murid yang terselamat ialah Nur Aima Razak, 5, Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, 5, Danial Asyraf Abdullah, 5, Danial Aiman Hakimi Md. Gefri, 6, dan Sakinah Roslan, 5.
Difahamkan, salah seorang daripada mereka yang terselamatkini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Bagaimanapun, identiti mangsa yang kritikal itu masih belum diketahui.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, van jenis Mazda EC2200 terbabit diletakkan di hadapan Tadika Kemas Kaisara di taman berkenaan untuk mengambil murid-murid di tadika itu.
Menurutnya, pemandu van berkenaan, seorang wanita berusia 44 tahun pula berada di luar van itu untuk mengambil serta menaikkan kanak-kanak tadika berkenaan seorang demi seorang.
"Van tersebut yang ketika itu terdapat enam murid tadika berkenaan di dalamnya secara tiba-tiba menggelongsor ke belakang lalu melanggar pagar sebuah kolam kumbahan sebelum terjunam ke dalam kolam," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment