Bayi Tersedak Susu
Bayi tercungap-cungap! Bayi jadi biru! Seorang ibu pasti risau jika bayi menunjukkan tanda-tanda tersebut ketika menyusu. Keadaan ini berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik. Ini menyebabkan bayi tersedak susu yang diminum. Ia boleh mengakibatkan jangkitan paru-paru atau pneumonia kerana susu yang diminum masuk ke dalam salur pernafasan bayi. Masalah ini berkait rapat dengan perkembangan kemahiran feeding bayi.
Kemahiran feeding bayi
Kemahiran feeding merupakan salah satu kemahiran sensorimotor yang kompleks. Kemahiran ini wujud sejak lahir dan mencapai tahap matang secara berperingkat sehinggalah bayi mencapai umur dua tahun. Perkembangan kemahiran feedingbergantung kepada perkembangan neurologi bayi serta pembelajaran melalui pengalaman.
Bayi dan penyusuan botol (Sumber : fawwaznuha.com) |
Bayi yang baru dilahirkan hanya boleh menghisap dan menelan cecair kerana perkembangan kemahiran feeding yang masih terhad. Bayi boleh disusukan dengan baik dan selamat dengan adanya kombinasi tindak balas refleks yang membantu mereka mengesan, menghisap dan menelan susu. Berikut merupakan tindak balas refleks yang penting dalam perkembangan feeding bayi.
- Refleks rooting –apabila mulut bayi (sisi mulut, bibir atas dan bawah, pipi dan dagu) disentuh menggunakan objek, bayi bertindak balas dengan menoleh ke arah objek tersebut. Refleks ini membantu bayi mengesan kedudukan puting. Refleks ini terdapat pada bayi baru lahir hingga ke usia 4 bulan.
- Refleks menghisap/ Menelan – Apabila bibir dan mulut bayi disentuh, mulut bayi terbuka dan pergerakan menghisap (suckling dan sucking ) berlaku. Apabila susu sampai di dalam mulut, lidah akan menolak susu ke belakang mulut untuk ditelan. Refleks ini membantu peralihan dari puting payu dara kepada penyusuan botol. Refleks ini terdapat pada bayi baru lahir sehingga usia 4 bulan.
- Refleks tongue-thrust – Apabila lidah bayi disentuh, lidah akan terkeluar sedikit dari mulut. Refleks ini juga membantu peralihan dari penyusuan payu dara kepada penyusuan botol. Refleks ini terdapat pada bayi berusia 4 hingga 6 bulan.
- Refleks gag – Bayi akan gag (seakan-akan ingin termuntah) apabila objek seperti sudu, makanan pepejal diletakkan jauh ke dalam mulut. Refleks ini membantu mencegah bayi daripada menelan makanan atau objek yang boleh menyebabkan bayi tercekik atau tersedak. Disebabkan kewujudan reflex ini, bayi hanya diberikan jenis makanan selain cecair selepas mencapai usia 4 hingga 6 bulan. Refleks ini kebiasaannya hilang bila bayi berusia 4 bulan.
Carta di bawah menjelaskan secara ringkas perkembangan kemahiran feeding bayi sehingga berusia 12 bulan
Umur
|
Refleks dan pergerakan mulut
|
Kemahiran feeding
|
0 hingga 5 bulan
|
|
|
4 hingga 6 bulan
|
|
|
5 hingga 9 bulan
|
|
|
8 hingga 11 bulan
|
|
|
10 hingga 12 bulan
|
|
|
Setiap bayi seharusnya mengikuti perkembangan feeding normal seperti yang diringkaskan dalam carta di atas. Perkembangan feeding yang baik membolehkan bayi menyusu dan makan dengan selamat. Sekiranya perkembangan feeding bayi tidak bersesuaian dengan tahap umur, bayi berkemungkinan mengalami masalah feeding.
Masalah Feeding
Masalah feeding terjadi apabila bayi sukar untuk menghisap, mengumpul, mengunyah dan menelan susu atau makanan. Antara tanda-tanda bayi mengalami masalah ini adalah:
- Sering tersedak atau batuk ketika dan/atau sejurus selepas makan dan/atau minum
- Sukar menyusu atau makan
- Sukar bernafas ketika menyusu atau makan
- Air liur atau susu meleleh keluar dari mulut ketika menyusu atau makan
- Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan susu atau makanan
- Perubahan kualiti suara bayi selepas menyusu atau makan
- Kekerapan mengeluarkan makanan dari mulut atau muntah
- Penurunan berat badan atau pertumbuhan yang tidak mencapai tahap normal
Bayi berisiko menghidapi masalah feeding
Terdapat bayi yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah feeding. Antaranya adalah bayi dengan masalah seperti di bawah:
- Keabnormalan pada struktur oral, saluran penelanan dan pernafasan. Contoh: klef bibir lelangit, Pierre Robin Syndrome
- Kelewatan perkembangan global
- Masalah neurologi (Palsi Cerebral, Down Syndrome)
- Masalah tingkahlaku (Memilih makan)
- Masalah perubatan yang kompleks (Masalah jantung kongenital, paru-paru, ginjal)
- Masalah saluran gastrointestinal (tracheosophageal fistula, ketidakfungsian injap)
Sering tersedak susu boleh menjadi petanda awal bayi mengalami masalah feeding.Oleh sebab itu, ibubapa perlu peka dan sentiasa memerhatikan tanda-tanda masalahfeeding yang mungkin terjadi semasa menyusukan atau memberi bayi makan, terutamanya apabila bayi dikategorikan sebagai bayi yang berisiko tinggi mengalami masalah feeding.
Rujukan
- Morris, S.E., & Klein, M.D. (2000). Pre-feeding Skills (2nd Ed.). Unites States: Therapy Skill Builders.
- Hall, K.D. (2001). Peadiatric Dysphagia: Resource Guide. Canada: Singular.
- Leonberg, B. Infant Nutrition And Feeding. Retrieved fromhttp://www.nal.usda.gov/wicworks/Topics/FG/CompleteIFG.pdf
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/kesihatan-bayi-baru-lahir/bayi-tersedak-susu
No comments:
Post a Comment