Thursday, May 1, 2014

Keputihan pada mulut (thrush) bayi anda dan cara menanganinya.

‘Thrush’ adalah jangkitan kulat pada mulut yang bayi dialami oleh ramai bayi kecil. Ianya kelihatan seperti lapisan putih. Ianya tidak sakit, tetapi boleh mengganggu bayi anda waktu ia menyusu atau makan. Tetapi jika anda mengalaminya, ia boleh terasa amat sakit.


Jika bayi anda mempunyai beberapa bintik-bintik putih, atau lapisan, diatas lidah, langit-langit mulut mereka, dan di bahagian dalam pipi mereka, kemungkinan ianya adalah ‘thrush’. Ianya adalah jangkitan kulat yang sering muncul pada bayi. Ianya tidak sakit, tetapi pada kes yang teruk, ia boleh mengganggu bayi ketika mereka sedang menyusu atau makan. Cara mengubati keputihan dimulut Anda boleh membantu untuk menyembuhkannya dengan melilitkan kain balutan kasa di jari anda, kemudian celupkannya dalam teh chamomile, air mineral berkarbonat atau air garam, dan gosokkan pada selaput lendir di mulut bayi anda. Keperitan menysu badan dengan ‘thrush’Jika anda mengalami ‘thrush’ pada puting anda, ia boleh membuatkan proses menyusui bayi amat menyakitkan, dan mengakibatkan rasa sakit seakan terbakar, menyengat dan gatal. Anda juga boleh dijangkiti ‘thrush’ pada bahagian vagina. Berbincanglahlah dengan doktor, bidan, jururawat Plunket atau perunding laktasi tentang rawatannya, jika anda mengalami gejala-gejala tersebut. Adalah penting bagi anda dan bayi anda untuk mendapatkan rawatan. Jika anda mempunyai gejala-gejala tersebut, tetapi ia tidak menyakitkan, berikan puting rawatan yang sama seperti mulut bayi anda. Keputihan di mulut bayi sering disusuli oleh jangkitan kulat disebelah bawah mulut mereka, apablia jangkitan melepasi sistem pencernaan mereka. Ini boleh mengakibatkan sedikit kegatalan. Meminimumkan risiko ‘thrush’ Jika anda dapati sukar untuk menhilangkan lapisan keputihan tersebut, berbincanglah dengan doktor anda. Jika anda memberi bayi anda susu botol, anda boleh meminimumkan risiko jangkitan dengan memastikan botol susu bayi anda bersih, dan disterilisasikan didalam air mendidih setiap hari. Dan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang meletakkan putting botol bayi anda kedalam mulut mereka, sebelum diberikan kepada bayi anda.

Sumber  : http://www.drypers.com.my/ms/Tahap-Anda/Artikel/?contentId=175044

No comments:

Post a Comment