Thursday, May 15, 2014

Tips pemilihan nama anak yang beragama Islam

 Kepada ibubapa yang akan menimang cahaya mata yang sulung diucapkan tahniah, manakala yang akan menyambut kelahiran seterusnya Alhamdulillah.. rezeki pemberian Ilahih. Namum dalam persiapan menyediahkan kelengkapan untuk menyambut cahaya mata saya percaya soal mencari nama adalah antara bab yang paling sukar. manakan tidak, isteri asal negeri Sabah suami pula dari Perlis, pertembungan dua negeri, perbezaan budaya dan adat resam, satu utara dan selatan(tenggara). disulitkan lagi faktor ingin mengambil hati kedua-dua belah pihak mentua. Di sini ada beberapa petua yang ingin dikongsikan, antaranya:-



1. Mengandungi Doa
Sebaiknya biarlah nama anak itu mengandungi doa, maksud yang elok, nama yang indah lagi puitis, biarlah yang singkat saja, kalau terlalu panjang nanti jadi "tahlil" atau "wirid", silap-silap kalau dipanggil bukannya nak menengok sebaliknya si anak akan jawab amiiiin. Tetapi bila dapat nama yang baik lagi indah disebut jangan pula bila panggil si kecil disingkatkan pula panggilan nama itu seperti Alauddin yang bermaksud kemuliaan agama, bila nak disebut panggil Al sahaja, bukankah bunyinya sudah menjadi old/owl yang membawa maksud tua/ burung hantu.

2. Jangan Terlalu Panjang (Menyukarkan proses isi borang)
Nama yang terlalu panjang akan menyulitkan pemilik nama itu sendiri di samping susah nak mengingatinya. Nama yang panjang akan menyukarkan sebarang urusan yang melibatkan penama mengisi borang, terutamanya semasa urusan rasmi, satu Mykad penuh dengan nama tak "dan" nak cetak alamat. Bukan itu saja, masa nak ambil peperiksaan tak cukup masa nak hitamkan kertas jawaban "yang guna pensel 2B tuu" habis separuh masa untuk hitamkan ruangan nama sahaja contohnya: Siti Zulaikha Riwayati Nor Mulia Raudhah Raihanah Mekarmu Berseri Sepanjang Hari.........

3. Kalau Boleh Elakan Guna Nama Barat Dan Nama Artis
Sebaiknya elakan daripada memberikan nama yang kebaratan, tak apa bila orang kata kita ni orang timur, tak perlulah nama barat tu juga yang diagung-agungkan. Berbanggahlah kita dengan nama timur dan maksud yang yang terkandung pada nama yang telah diberikan oleh ibubapa. Kalau guna nama Jenny sekali pun dan rambut telah dikuningkan kalau tersepak batu tetap terkeluar ayat ADUUUUH....
Nama artis memang bagus, saya akui ada yang mengandungi maksud yang baik. Ini cuma pandangan saya anda berhak untuk menentukan nama anak, logiknya disini jika artis itu berkelauan baik Alhamdulillah, tapi kalau yang penuh dengan gosip bukankah si manja yang menaggung beban diejek di sekolah. Anak-anak tak tahu apa-apa, tiba disekolah sahaja terus kena "bahan" kasihan anak itu. emosi anak juga kena jaga.

No comments:

Post a Comment