Di kala pelbagai desas-desus menimpa suaminya, Ayu Raudhah tetap tenang dan kelihatan sentiasa menyokong suaminya. Inilah tugas seorang isteri sebenarnya. Tidak mudah percaya dengan kata-kata orang, sentiasa berbincang dan saling mempercayai. Untung Zaquan Adha mendapat seorang isteri yang begitu baik hati seperti Ayu Raudhah.
Hari ini menerusi akaun Instagramnya, Ayu Raudhah melahirkan rasa kesyukuran bersuamikan Zaquan Adha. Tulis Ayu:-Alhamdulillah i sentiasa bersyukur bersuamikan Mohamad Zaquan Adha.. no matter wut people said! i percaya apa Allah berikan adalah yg terbaik utk kita sama ada dugaan atau nikmat kebahagian.. dn semoga allah memberi kita kekuat menghadapi segala dugaanNya dan bersyukur dgn segala nikmat ke bahagiaan yg Allah s.w.t berikan.Amin ya robbala’lamin..
Malah Ayu Raudhah juga mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang tak putus-putus mendoakan kebahagiaan hidupnya dan suami.
Adat berumah tangga, pasti ada pasang dan surutnya. Anggaplah ini sebagai ujian dan cabaran. Kalau kita ambil secara positif, pasti akan tambah erat hubungan suami isteri. Semoga Ayu dan Zaquan tabah menghadapi dugaan ini. Yang penting, teruskan mempercayai antara satu sama lain. Itulah kunci kebahagiaan.

Source : Beautifulnara
No comments:
Post a Comment