Tuesday, July 1, 2014

“DAKWAAN AMAR BAHARIN PUNCA PERCERAIAN IZREEN AZMINDA” – AMAR, AKHIRNYA “BUKA MULUT”

izreen azminda terkiniGandingan mantap Amar Baharin dengan Izreen Azminda dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) di slot Akasia TV3, berjaya mencipta keserasian luarbiasa hingga membuatkan ramai peminat terbawa-bawa dengan percintaan mereka di dalam KTAR.

Tapi yang tak seronoknya, ada desas-desus mengaitkan kemesraan Izreen dan Amar sebagai punca perceraian aktres itu dengan bekas suaminya, Riza Baharuddin pada awal Jun lalu.
Kalau diperhatikan, dua pelakon ini memang nampak tak kekok langsung untuk berlakon bersama dan mempromosikan drama tersebut di laman sosial dengan menampilkan gambar-gambar oh-so-sweet mereka.
gambar mesra izreen dengan amar baharinSampaikan ada yang menegur dan mengatakan Izreen tak menghormati tempoh edah kerana dilihat terlampau mesra dengan Amar.
Menerusi akhbar Metro Ahad pula, hubungan Izreen dan Amar mula disyaki melebihi kawan biasa beberapa bulan lalu semasa mereka menjalani penggambaran KTAR.
Malangnya, Riza dikatakan telah melihat sendiri apa yang tak sepatutnya dilihat sewaktu hadir ke lokasi penggambaran berkenaan dan menceraikan Izreen.
Tapi Amar langsung tak berdiam diri kerana pelakon yang tak kurang handsome itu telah menulis sesuatu di Instagram seperti menyangkal kontroversi tersebut.
amar-baharin terkini
Menurut Amar, dia tak perlukan publisiti seperti itu untuk mempromosikan drama KTAR kerana peminat lebih pandai menilai kualiti dari khabar angin yang tak sahih.
Apapun respon peminat terhadap gosip berkenaan tak seteruk yang dijangka kerana sebenarnya ramai yang mengharapkan Izreen dan Amar betul-betul bercinta di luar set.
Sebenarnya senang je nak tau dorang ni bercinta ke tak. Kalau hubungan Izreen dan Amar dah tak serapat sekarang bilaKTAR tamat, maknanya betullah ianya sekadar promosi drama sahaja. Tapi kalau sebaliknya, korang faham-faham sendirilah ya.Tak gitu?gambar mesra izreen dengan amar baharin 1

No comments:

Post a Comment