Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati yang telah selamat menyambut kelahiran anak ketiga mereka, Sabtu lalu.
Difahamkan, bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Nur Fyrdaus itu telah dilahirkan secara normal di Hospital Selayang.
"Syukur alhamdulillah atas kelahiran @fyrdaus15 . Tq Allah @fauzinawawi #mymom peneman setia saat detik kelahiran ini. Tq #hospitalSelayang atas layan an yg baik dr semua staff . #luvMyFamily" ujar Lisda menerusi akaun Instagramnya.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan ini, semoga kehadiran Ahmad Nur Fyrdaus akan menyerikan lagi kehidupan keluarga mereka.