Seremban: “Pada awal pertemuan, hati saya tersentuh melihat tubuh Muhammad Firdaus yang kurus dan bersalut najis kering di kepalanya.
“Bergenang air mata melihat dia mengengsot keluar dari bilik dan badannya tidak stabil. Pada masa itu, hanya tulangnya saja dapat dirasai apabila saya menekan perut dan kakinya,” kata Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman.
Faizal yang juga individu pertama menemui Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu, melahirkan rasa syukur apabila mendapati remaja itu bertambah sihat sejak dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.
“Alhamdulillah, saya difahamkan berat badannya meningkat ke 17 kilogram (kg) berbanding 15kg sebelum ini,” katanya yang mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim melawat Muhammad Firdaus di HTJ, semalam.

ROHANI (kiri) bersama Penyelia Jururawat HTJ, Finno Kaur Natar Singh melawat Muhammad Firdaus, semalam.
Menurutnya, ketika memasuki rumah Muhammad Firdaus, dia terhidu bau hancing dan najis termasuk menemui najis kering di rambut remaja terbabit.
Semoga Allah membalas jasa baik beliau.
ReplyDeleteBerkut adalah moment tersebut :
http://ummudd80.blogspot.com/2014/06/detik-terjumpanya-adik-firdaus-allah.html