Friday, July 11, 2014

Punca Enot bengang dengan doktor yang merawatnya, hampir nak tumbuk...


Pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 35, mengambil keputusan untuk tidak lagi mendapatkan rawatan lanjut penyakit kanser ususnya di sebuah hospital ekoran tindakan seorang doktor memaki hamunnya.



Menurut Enot, beliau kecewa dengan layanan doktor terbabit kerana melemparkan kata-kata kesat sesuka hati kepadanya tanpa memahami keadaan emosinya yang tidak stabil.

Difahamkan, tindakan doktor itu memaki hamun adalah berpunca daripada keengganan Enot menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi yang sememangnya wajib bagi mana-mana pesakit kanser.







Dalam pada itu, Enot memberitahu enggan menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi terbabit kerana kegagalan kaedah berkenaan terhadap ahli keluarganya lain yang turut menghidap penyakit kanser.

No comments:

Post a Comment