Pelakon Ezany Nizarif mengesahkan bakal bercerai dengan isterinya, Lizda Nuryanti selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Ezany berkata, walaupun berat hatinya untuk berbuat demikian namun dia terpaksa akur selepas didesak oleh Lizda agar dia melafazkan talak.
“Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi. Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan dia,” katanya.
Ezany telah memuat naik status di akaun Facebook miliknya dengan tulisan: “It‘s over, the end. Berakhir sebuah cerita.” Manakala Lizda pula menaikkan status di Facebook meluahkan bahawa dia baru sahaja menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri selepas melalui proses perpisahan dalam rumahtangganya.
Menurut sumber sebuah portal hiburan, isteri Ezany ini turut terlibat dengan penipuan wang ringgit bernilai ratusan ribu ringgit di kalangan rakan rakan. Mungkinkah jadi punca?
Sementara itu, ditanya adakah dia atau pihak isterinya sudah memfailkan cerai, Ezany bagaimanapun enggan mengulas tentang perkara itu.
“Tunggulah nanti apa keputusan hakim. Sekarang ini pun masalah masih belum selesai. Saya pun enggan komen panjang kerana takut ia boleh menjejaskan kes kami,” katanya.
Sebagai info, Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.
- See more at: http://sensasimalaysia.com/punca-ezany-dan-isteri-bakal-bercerai/#sthash.L7kXvUQO.dpuf
No comments:
Post a Comment