Friday, July 4, 2014

Telefon Nokia Antik Menyelamatkan Nyawa Pendaki Sesat Di Taiwan

Sedekad yang lalu majoriti di kalangan kita menggunakan telefon bimbit buatan Nokia kerana ianya terkenal dengan ketahanan bateri dan sukar untuk dimusnahkan. Jutaan Meme boleh ditemui di internet mengenai ketahanan telefon Nokia terutamanya Nokia 3310 yang hampir mustahil untuk dimusnahkan. Sejak wujudnya telefon pintar, telefon kurang pintar keluaran Nokia semakin dilupakan. Nokia sendiri kini mementingkan telefon pintar dengan skrin sesentuh dari telefon kurang pintar mereka yang sudah terjual lebih daripada 1.5 billion unit.

Di Taiwan ada kejadian menarik yang mungkin akan membuatkan anda mahu menyimpan sebuah telefon kurang pintar Nokia untuk kegunaan ketika kecemasan.  Liu Quanming (70)dilaporkan hilang selepas menyertai ekspidisi meredah hutan bersama beberapa orang teman20 Jun yang lalu. Selepas hilang operasi menyelamat dijalankan dan beliau dapat diselamatkan selepas hilang selama 5 hari. Pihak polis mengesan kedudukan beliau menggunakan isyarat dari telefon Nokia beliau yang sudah digunakan selama 10 tahun. Jika beliau menggunakan telefon pintar kami yakin peranti tersebut sudah kehabisan bateri.
Infographic-The-Nokia-Indestructible
Kami masih menyimpan dua telefon Series 40 Nokia di rumah untuk kegunaan ketika kecemasan. Sebabnya ialah kami menonton siri TV Doomsday Preppers dan kebanyakan individu yang bersedia untuk “hari kiamat” menggunakan telefon Nokia kerana hayat bateri yang lama serta ianya lebih tahan lasak dari telefon pintar yang sering kami gunakan. Adakah dikalangan pembaca Amanz yang juga menyimpan sebuah telefon tidak pintar untuk kegunaan kecemasan seperti kami? Jika ya apakah jenama dan model yang anda simpan?
Sumber NBC

No comments:

Post a Comment