Kematian askar Israel adalah hasil tindakan berani pejuang Hamas yang melancarkan serang hendap dan meletupkan kereta kebal Zionis di dalam wilayah Gaza.
Tentera Israel yang disokong kereta kebal dan pesawat tempur, mengebom sebuah kejiranan berpenduduk padat di Gaza, Shejaiya menyebabkan sekurangkurangnya 87 orang terkorban manakala angka kematian meningkat 425.
Tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis menyebabkan berpuluh ribu penduduk kejranan berkenaan lari menyelamatkan diri, ketika mayat bergelimpangan tidak dapat diuruskan apabila ambulans gagal memasuki kawasan itu.
Di hospital Shifa, Bandar raya Gaza, mereka yang cedera tiba setiap minit dengan dibawa ambulans, kereta dan trak lain.
Kebanyakan mereka adalah kanak-kanak yang menjerit kesakitan, malah kebanyakan mereka mengalami luka teruk.
“Ini adalah keadaan paling buruk pernah saya lihat,” kata Doktor Said Hassan, yang bekerja di hospital itu selama lapan tahun.
Malah pergaduhan juga tercetus di bilik kecemasan berikutan ibu bapa dalam keadaan histeria menghempas dinding cuba untuk melawan ketakutan dan kesedihan mereka.
Rakaman dari kawasan itu menunjukkan kepulan asap hitam tebal membelah awan ketika bedilan berterusan dan bahagian timur Gaza terbakar.
Hamas terus menolak usaha Mesir untuk mengadakan gencatan senjata dengan Israel dan berkata Israel perlu mengakhiri sekatan jika mahu ia dipersetujui.
Angka kematian meningkat
Mereka juga tetap bertahan dan enggan menyerah kalah walaupun diserang dari udara, laut dan darat, sebaliknya terus mempertahankan wilayah berkenaan dalam pertempuran sepanjang malam.
Angka kematian yang meningkat semalam memaksa Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menjadi orang tengah bagi satu gencatan senjata sementara untuk membenarkan paramedik memindahkan mangsa yang maut dan cedera dalam satu perjanjian yang diterima keduadua pihak.
Serangan Israel terhadap Shejaiya jelas menunjukkan keganasan Israel tidak akan berakhir.
“Ketika gencatan senjata dikuatkuasakan satu konvoi ambulans kelihatan mula masuk dengan sepasukan pegawai medik mengangkut sekurangkurangnya tiga mayat, satu daripadanya dengan perut terburai dan kepala yang hampir hancur, kata seorang korespondan AFP.
Antara mangsa yang maut adalah wanita dan kanakkanak selain seorang paramedik Palestin dan seorang jurugambar yang terbunuh apabila ambulans yang mereka naiki dibedil, manakala serangan berterusan menggagalkan usaha untuk membawa keluar mayat. AFP
No comments:
Post a Comment