BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mendekasikan anugerah Pemain Terbaik Perlawanan yang diterima kepada Sir Alex Ferguson sebagai menghargai jasa bekas pengurus Manchester United terbabit.
Ronaldo dianugerahkan pemain terbaik selepas berjaya menjaringkan dua gol bagi memastikan Real Madrid muncul juara dalam perlawanan Piala Super menentang Sevilla pada Ahad.
Ferguson dipilih sebagai jawatankuasa teknikal UEFA dalam perlawanan itu untuk memilih pemain terbaik perlawanan.
Ronaldo berkata," Saya gembira kerana menjaringkan dua gol dan berterima kasih kepada Sir Alex Ferguson kerana menyampaikan anugerah ini.
"Dia (Ferguson) merupakan individu yang banyak membantu saya ketika berusia 18 tahun di Manchester, oleh itu saya memberi setinggi penghormatan kepadanya.
"Saya juga mengucapkan terima kasih diatas segala tunjuk ajar yang diberikan kepada saya sebelum ini".
No comments:
Post a Comment