Thursday, August 7, 2014

Isteri Awie tak hadir sesi sulh

Isteri Awie tak hadir sesi sulhAwie hadir ke Mahkamah Syariah untuk proses perbincangan mengenai hak jagaan kekal tiga anaknya bersama isterinya Rozana. - Foto Muhd Asyraf Sawal
Kuala Lumpur: Sesi sulh atau perbincangan di antara penyanyi rock terkenal, Awie dengan isterinya, Rozana Mis-bun, 36,  berhubung hak penjagaan kekal tiga anak mereka yang dijadualkan semalam, tidak dapat diadakan kerana wanita itu gagal hadir. 


 Peguam syarie, Mohd Hafizal Parcho yang mewakili Awie atau Ahmad Azhar Othman, 46, ketika ditemui pemberita di luar Pejabat Sulh Mahkamah Syariah di sini, berkata pihaknya sudah menghantar notis kepada Rozana pada 24 Julai lalu bagi memaklumkan mengenai sesi terbabit. 

“Sepatutnya sesi sulh hari ini (semalam) untuk berbincang mengenai hak penjagaan kekal tiga anak pasangan ini. Pihak kami ada menerima faks daripada Rozana semalam (kelmarin), menyatakan dia tidak dapat hadir tanpa disertakan sebabnya. 


Serah saman 

“Sesi ini (sulh) hanya sekali dan disebabkan pihak satu lagi (Rozana) tidak hadir, maka mahkamah akan teruskan kes ini dengan sebutan di Mahkamah Tinggi Syariah, 3 September ini. Kita akan serahkan saman dalam tempoh dua minggu kepada defendan supaya hadir pada tarikh ditetapkan,” kata Mohd Hafizal. 
Pada 21 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, memberikan hak penjagaan sementara kepada Awie, sementara Rozana mendapat hak melawat anak dua kali sebulan, iaitu pada minggu pertama dan ketiga selama dua jam setiap sesi di rumah Awie di Ukay Perdana, Hulu Kelang. 

  Awie turut memperoleh perintah injuksi menghalang Rozana daripada mendekatinya dan anak, termasuk mengeluarkan kenyataan berkaitan isu itu melalui media cetak dan elektronik serta dilarang mengganggu anak di sekolah. 

 Terdahulu pada 4 Julai, Awie didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Klang, 2 Jun 2014. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan, namun mengaku tidak bersalah.


No comments:

Post a Comment