Seorang lelaki lembam nekad menjaga dua anak tirinya dalam pondok usang di kawasan setinggan di Taman Sri Pandan, Johor Bahru sejak isterinya menghilangkan diri sejak lima tahun lalu.
Lelaki yang dikenali Rahmat Mori bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan RM400 sebulan memikul tanggungjawab untuk membesar dan menyekolahkan anak tirinya iaitu Mohd Mawi dan Siti Nuhaliza Abdullah.
“Saya sudah tiga kali berkahwin tetapi jodoh tidak panjang kerana isteri bosan kerana hidup susah. Malah, isteri ketiga yang juga seorang janda lari meninggalkan dua anaknya untuk saya jaga sejak lima tahun lalu,” katanya.
Namun, dia bersyukur dikurniakan dengan kedua-dua anak tirinya yang tidak mudah mengeluh dengan kehidupan dalam serba kekurangan.
No comments:
Post a Comment