Wednesday, October 8, 2014

Mesej 'Manja' Abby Abadi & Norman Hakim



Mesej 'Manja' Abby Abadi & Norman Hakim

Biarpun sudah tidak bersama, hubungan baik yang terjalin antara Abby Abadi dan Norman Hakim bukanlah menjadi rahsia lagi. Selain pernah memuat naik gambar bersama di laman sosial suatu ketika dahulu, Abby turut tidak keberatan berkongsi perbualan bersama Norman untuk tatapan pengikutnya. 

Menerusi 'print screen' yang dikongsikan menerusi akaun Instagram, Norman telah memberikan kata-kata nasihat dan perangsang untuk Abby dalam menempuh kehidupannya. Ternyata kata-kata semangat daripada Norman telah disambut baik Abby yang tampak gembira dengan kehidupannya kini.

Lebih menarik, ramai pengikut yang memuji hubungan baik ini dan ada yang mengharapkan mereka kembali bersama.

Semoga perhubungan baik ini dapat dikekalkan demi kebajikan dan kebahagiaan anak-anak mereka. Tahniah!

No comments:

Post a Comment