Assalammualaikum dan selamat pagi,
Alhamdulillah, pagi ni check nuffnang akaun, terkejut beruk tgk dengan jumlah CPUV yang tengah on going... saper yang slalu dengan nuffnang ni sure tau apa yang dimaksudkan dengan CPUV. Secara ringkasnya, ianya adalah pemberian pihak Nuffnang kepada blogger dimana earning akan bertambah melalui iklan2 CPUV yang keluar diblog tanpa klik. Macam tu la kirenya... untuk keterangan lanjut boleh lah cari kat Tuan Google... :)
Setelah terkejut beruk lega, di sini saya ingin sharekan bagaimana kita mungkin boleh mendapatkan iklan CPUV.
1. Kene bersabar ... pihak nuffnang akan sentiasa memantau blog anda untuk menentukan apakah jenis iklan yang sesuai untuk blog anda.
2. Jgn buat hal bukan2 dalam blog anda, contohnya anda tidak dibenarkan meletakkan artikel2 yang dilarang seperti porno dan sebagainya, jika ada... berjanggut la nak dapat CPUV.
3. Jgn menipu pihak Nuffnang. Pihak nuffnang sentiasa memantau blog anda, jika anda klik sendiri iklan-iklan yang ada dalam blog anda, alamatnya mmg kene block la.... jika anda kene block, jgn panik... pihak nuffnang sangat baik hati, sila hantar email kepada pihak nuffnang untuk merayu agar anda tidak diblock... mungkin pihak nuffnang akan memberikan anda peluang kedua dan terakhir :)
4. Sentiasa berhubung dengan pihak nuffnang. Bukan maksudnya anda email atau contact pihak nuffnang nak tanyer khabar atau tanya dah makan ke belum, tapi anda bertanya mengenai soalan2 teknikal dan mungkin tip2 yang diperlukan untuk mendapatkan iklan. Pihak nuffnang sedia membantu anda...
5. Sentiasa update blog anda. Ini sudah satu kemestian untuk pengunjung blog anda masuk dan masuk dalan blog anda. At least, seminggu sekali pun ok.
6. Hentikan meletakkan iklan2 yang keluar pop-up yang melampau2. Ini akan menyebabkan pengunjung fed-up dengan blog anda dan tak mungkin dia akan masuk balik dalan blog anda. Saya sendiri agak menyampah dengan blog2 yang kene klik2 popup ni...
Itulah sahaja mungkin tip2 yang berguna untuk anda yang mungkin memburu CPUV dari nuffnang. Selamat berblog!!!
Terima kasih kepada pihak Nuffnang... :)
No comments:
Post a Comment