Friday, February 13, 2015

BERITA HARI INI. 13/02/2015

BERITA HARI INI. 13/02/2015

1.Mursyidul Am Datuk Hj Nik Aziz meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan kerana sakit kanser yg di hidapi nya selama 5 tahun.

2.Pengulas sukan terkenal Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia kerana masaalah jantung di IJN.

3.Menteri Asas Tani Datuk Ismail Sabri meluahkan rasa kesal atas kenyataan dlm facebook yg meminta peniaga cina di boikot.Bagaimanapun beliau berkata dia tidak mengamalkan perkauman dgn kenyataan nya di salah paham.

4.Anak Dato Ismail Sabri iaitu penyanyi Dafi turut menjadi sasaran dlm instagram dari mereka2 yg tidak puas hati dgn kenyataan Menteri itu.


5.Tim Perdana Menteri berkata lebih ramai guru dari Sabah Sarawak akan di ujudkan dan mengajar di kedua negeri itu.

6.Kementerian Pendidikan mengarahkan semua mesyuarat rasmi cuma di hidangkan 2 jenis kuih dan 1 jenis minuman saja manakala makanan lain tidak di benarkan.

7.MCA mengalukan langkah penurunan tarif letrik yg di anggap langkah mula untuk mengurangkan beban rakyat.

8.MAS dan 15 keluarga mangsa MH370 dari China bertemu untuk mencari penyelesaian di Kuala Lumpur.

9.Kuala Lumpur bakal kehilangan status bandar pelancongan akibat sikap pemandu teksi menurut Menteri Pelancongan.

10.SPAD mahu bertindak tegas atas pemandu teksi yg enggan menggunakan meter .Sehingga 12 Februari sebanyak 82 teksi telah di ambil tindakan.

11.Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel mengecam mesyuarat jawatankuasa kerja yg cuba di buat oleh Saktivel yg di dakwanya tiada hak memanggil mesyuarat.

12.Datuk Seri S.Subramaniam di jangka akan mencabar Datuk Seri Palanivel utk jawatan Presiden MIC.

13.Gaji bulanan yg di terima Adun Sarawak sekitar RM15,000 sebulan di katakan yg paling tinggi di kalangan Adun2 dlm Malaysia.

14.DAP Sarawak anggap bayaran gaji tidak mencukupi dan menuntut elaun lebihan kerana perlu menguruskan pusat khidmat dan pembayaran gaji staf.

15.Elaun Adun Johor turut naik dan kini menjadi hampir RM10,000 sebulan.

16.Bapa kepada wanita Mongolia iaitu Altantuya mahukan rekod kes jenayah dari Mahkamah Rayuan bagi mengemukakan saman atas kerajaan Malaysia.

17.Pertumbuhan ekonomi Malaysia di jangka meningkat 5.8% di sebalik penurunan harga minyak dunia.

18.Persatuan Pengguna Islam mahu JAKIM mengeluarkan senarai syarikat pengeluar bebola ikan yg ada sijil halal selepas di kesan ada bebola ikan di pasaran yg mengandungi plasma darah babi.

19.Malaysia mengutuk tindakan militan IS yg mengurung dan membunuh seorang wanita yg juga pekerja bantuan USA Kayla Mueller.

20.PM yakin ASEAN akan menjadi antara kuasa ekonomi dunia dlm tempoh 10 tahun akan datang.

21.Pengumuman pengosongan Parlimen Permatang Pauh di jangka akan di umum SPR dlm tempoh 14 hari lagi.

22.TNB berkata penurunan tarif letrik yg di umumkan kerajaan kelmarin tidak akan menjelaskan syarikat itu.

23.Malaysia dan Boeing berbincang mengenai kemungkinan penjualan pesawat tempur Super Hornet F/A18E/F

24.Penyanyi kumpulan Terra Rossa iaitu Khairul Hizam di denda mahkamah Majistret Ampang kerana memiliki dadah.

25.Seramai 220 penduduk Kg Semera di Sadong Jaya,Kuching di pindahkan akibat banjir dan di tempatkan di sekolah dan surau.

26.Kutipan sebanyak RM2.23 juta di pungut melalui SMS dari rakyat Malaysia utb tabung mangsa banjir.

27.Tahap keselamatan di 81 kem PLKN seluruh negara akan di pertingkatkan.

28.Kegilaan shelfie atas jalanraya boleh menyebabkan kemalangan kerana hilang fokus.

29.Kementerian Pengangkutan melarang kenderaan barangan berat seperti lori balak, simen,batu,besi ,kren dll tidak berada atas jalanraya mulai 17,18,21 dan 22 februari kerana Tahun Baru Cina.

30.Rokok seludup bernilai RM2.4 juta di rampas UPP Kelantan di sempadan Perak - Jeli.

31.Empat remaja di tahan reman 6 hari bagi membantu siasatan pembunuhan isteri anggota polis di Taman Tanjung Emas ,Tanjung Rambutan Perak.

32.Wanita OKU mati selepas menahan sakit selama 10 minit selepas di hempap kontena yg terbalik di Jalan Air Itam, P.Pinang.

33.Tiga parah dan 12 cedera ringan bila sebuah bas sekolah yg membawa pekerja warga India terbalik di Jalan Tapah - Cameron Highland.

34.Kastam akan mula lancar operasi pada 1 Mac untuk mengesan 50,000 syarikat degil yg enggan daftar GST.

35.Penduduk di Pantai Murni di Yan,Kedah berpeluang melihat kumpulan ikan lumba2 yg muncul berdekatan pantai.

36.Seleberiti Sarimah kini sah di ceraikan talak tiga oleh mahkamah rendah syariah K.Lumpur berdasarkan pd lafaz yg di buat pada 2009 di Mount Kiara.

37.Dua pekerja binaan warga Myanmar cedera di timpa tiang dlm kerja2 pembinaan di Kg Wakaf Bata, Machang Kelantan.

38.Persatuan Sahabat Alam Malaysia menyifatkan perbuatan mengurung haiwan dlm sangkar yg sempit sebagai zalim.

39.Peniaga medan selera kepunyaan Majlis Bandaraya Alor Star mahu kadar lesen penjaja di turunkan kerana harga RM112 setahun itu di anggap tinggi.

40.Serpihan besi yg di percayai terjatuh dr sebuah kenderaan lain telah menyebabkan kebocoran tayar keatas 23 kenderaawm di lebuhraya berhampiran Jabatan Pertahanan Awam, Seremban.

1 comment: