Tuesday, February 10, 2015

RINGKASAN BERITA HARI INI. 10/02/2015

RINGKASAN BERITA HARI INI. 10/02/2015

1.Tun DrM berkata orang bukan melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

2.Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat yakin Pakatan Rakyat tidak akan berpecah atas beberapa isu yg tidak sependapat.

3.Tindakan PAS yg akan tetap membentangkan usul Hudud di DUN Kelantan pada bulan depan akan terus membuat PR bergolak selepas pengumuan bahawa hudud akan di bincangkan dalam mesyuarat pemimpin PR pd 10 mei nanti.

4.MIC di minta meneruskan pemilihan semula semua jawatan dlm parti atau berhadapan dgn kemungkinan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS.


5.Ketua Pemuda MIC C.Sivarrajah merasakan arahan untuk mengadakan semula pemilihan semua jawatan dlm parti tidak adil kerana yg terpilih pd pemilihan parti 2013 adalah telus.

6.Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di jangka akan mengetahui nasib nya pd hari ini.Anwar berkata dlm FB nya yg dia menjangka sesuatu yg buruk akan berlaku selepas peguam nya di minta bersedia untuk membuat rayuan bagi mengurangkan hukuman penjara.

7.Datuk Ismail Sabri di panggil ke Bukit Aman untuk di rekod kenyataan nya berhubung isu memboikot peniaga cina yg menaikkan harga.

8.Presiden parti SPDP di Sarawak Datuk Tiong King Sing minta semua pihak tidak membesarkan kenyataan Datuk Ismail Sabri.

9.PM temui delegasi Parti Komunis Cina di Putrajaya yg datang dlm misi mengeratkan hubungan 2 hala.

10.PAS mahu Australia memastikan keselamatan Sirul yg kini berada di negara itu dan di dakwa mempunyai maklumat penting.

11.KPN beri amaran akan ambil tindakan keatas penyokong Anwar dan Shaful yg cuba menimbulkan kekecohan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

12.Perak mungkin akan mengikuti cara Negeri Sembilan dalam peraturan Cerai dulu dan Peluk Islam Kemudian yg di kenakan kepada pasangan suami isteri bukan islam yg mahu menukar agama tapi di tentang pasangan mereka.

13.Selangor beri jaminan tiada kenaikan tarif air di negeri itu pada tahun ini.

14.Satu dr tiga rakyat Malaysia berisiko mendapat penyakit darah tinggi kerana pengambilan garam yg berlebihan.

15.Datuk Wan Zulkiflee di lantik menjadi Presiden dan Ketua CEO Petronas yg baru.

16.Kajian yg di buat mendapati rakyat negara ini mengguna 240 liter air setiap hari.

17.PM turun padang melawat Pasar Malam Sri Serdang di Selangor.

18.Kementerian Perdagangan umum penurunan harga borong dan runcit ayam dan turut umum 13 barang kawalan sempena Tahun Baru Cina.

19.Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman berkata isteri mangsa nahas MH370 kini boleh menuntut harta suami mereka.

20.Semua penumpang MAS di larang membawa masuk rokok elektronik dlm bagasi .

21.Operasi memburu pendatang asing selama 2 hari di Sandakan berjaya menahan 203 individu yg tiada dokumen pengenalan diri.

22.Sebuah syarikat di Taiping iaitu HJJ Hazam Management di saman kerana mengendalikan umrah tanpa lesen untuk 2000 orang yg membayar lebih RM8 juta.

23.Pasar Tani bergerak ala caravan yg di perkenalkan bersama oleh FAMA, DBKL dan Berjaya Group makin popular di KL.

24.Selangor kumpul RM582.1 juta hasil kutipan zakat pada 2014.

25.Suami penyanyi Farah Asyikin atau Farah di kenakan waran tangkap kerana gagal hadir atau lantik wakil dlm kes penceraian mereka.

26.Lelaki Bangladesh yg di bakar wanita Indonesia 5 hari lalu di kawasan tapak binaan Kg Baru, Bukit Mertajam kerana enggan membayar hutang telah meninggal dunia di hospital.

27.Seorang nelayan mendapat ikan labang dgn berat 18.1kg di Sungai Krian di Saratok, Sarawak dan memperolehi RM1,100 dari hasil jualan ikan ini.

28.Lima gajah liar di dapati memusnahkan tanaman penduduk di Kg Manchis dan Kg Telemong di Bentong Pahang.

29.JPJ ramal plet RM yg bakal keluar di Perlis akan menjadi rebutan terutama dari golongan orang Cina.

30.DBKL roboh 16 gerai warga Indonesia di Bandar Tasik Selatan.

31.Perbadanan Hutan Sarawak rampas 312 batang balak di Tatau, Bintulu.

32.Di Jalan Pujut, Miri seorang remaja perempuan 14 tahun di rogol duda yg baru di kenali dlm Wechat

33.Pergaduhan antara adik abg di Kg Sukong,Tambunan Sabah berakhir dgn kematian adik yg di tembak dgn senapang buatan sendiri.

34.Pengguna jalan kaki feri Pulau Pinang di dapati semakin menurun pada tahun ini.

35.Seorang penoreh getah di Kinarut Sabah berkata anak perempuan nya yg baru berusia 16 tahun tidak sah memeluk agama islam kerana belum cukup umur dan menuduh warden sekolah sebagai terlibat menghasut anaknya utk menukar agama.

36.Di Petaling Jaya seorang pembantu rumah warga asing yg baru kerja 6 bulan di temui mati menggantung diri dlm bilik mandi rumah majikan nya.

No comments:

Post a Comment