Monday, February 9, 2015

Samsung Galaxy Note Edge dengan keupayaan Multi Window

PUTRAJAYA: Samsung Malaysia Electronics (SME) melancarkan Samsung Galaxy Note Edge, telefon pintar baharu dengan teknologi termaju dan rekaan unik bagi memenuhi permintaan pasaran Malaysia.


Naib Presiden Mudah Alih, IT dan Pengimejan Digital SME, Lee Jui Siang, berkata pengenalan Galaxy Note Edge dalam siri Note membuktikan Samsung adalah pemangkin kepada pasaran baharu dan budaya telefon pintar.

Ciri-ciri boleh dilihat di sini : http://www.gsmarena.com/samsung_galaxy_note_edge-6631.php

"Galaxy Note Edge menawarkan pengguna dengan cara baharu untuk mengakses maklumat, pengendalian peranti mudah alih, menonjolkan personaliti dan cita rasa," katanya ketika pelancaran peranti terbaharu Samsung itu di sini hari ini.
Ditawarkan pada harga RM2,999 dengan dua pilihan warna 'Charcoal Black' dan 'Frost White', peranti itu menawarkan pelbagai fungsi dipertingkatkan termasuk Multi Window menerusi skrin 5.6 inci Quad dengan paparan HD Super AMOLED yang membolehkan aplikasi diakses secara penuh, berasingan dan 'pop-up.
Lebih menarik, Galaxy Note Edge didatangkan fungsi baharu iaitu Curved Edge memudahkan pengguna menukar muzik, menghentikan video dan mengawal aplikasi lain dengan mudah.
Malah, dengan skrin tepi melengkung Edge, antara fungsi paling inovatif juga direka untuk membolehkan akses pantas pengguna kepada aplikasi menggunakan jari walaupun pelindung skrin ditutup.
Selain itu, fungsi Photo Note membolehkan pengguna beralih daripada nota tulis tangan kepada fail yang mudah disunting dan dikongsi.
Menggunakan pemproses 2.7 GHz Quad Core, model baharu untuk pasaran Malaysia itu, ditawarkan dengan kamera depan 3.7 megapiksel (MP) + F1.9 untuk Selfie (90 darjah) serta Wide selfie (120 darjah), manakala kamera belakang dengan 16MP + Smart OIS/Fast AF.
Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment