Thursday, September 1, 2016

Jadual Suntikan Bayi Terkini KKM 2016.

 Semua bayi atau kanak-kanak berhak untuk mendapat imunisasi yang lengkap. Mungkin ada antara kita pernah berdepan dengan sesetengah ibu bapa muda yang menolak pemberian vaksin kepada anak mereka sejak bayi, lantas tertanya-tanya apakah yang menyebabkan kumpulan ini berpendirian sebegitu. Lebih membimbangkan apabila wujud gerakan antivaksin yang semakin menular dan semakin lantang memberikan hujah dangkal yang nyata bertentangan dengan sains dan perubatan menerusi laman sesawang dan jaringan media sosial.



Jadual Imunisasi Bayi Baru KKM 2016

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) dan KKM telah mengeluarkan jadual immunisasi baru bermula 2016.
 Perbezaan utama adalah pada jadual immunisasi MMR (Measles, Mumps & Rubella) yang mempunyai 2 dos, dos pertama pada usia 9 bulan dan dos kedua pada usia 12 bulan. 
Sebelum ini hanya satu dos MMR sahaja yang diberi pada usia 12 bulan. Jadual ini telah diedarkan kepada semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta. 



Sumber : http://www.panduanmalaysia.com/2015/03/jadual-imunisasi-bayi-yang-disarankan-kkm.html

No comments:

Post a Comment