Kredit foto: kualalumpurpost.net
Tentu ramai yang sudah tahu akan perniagaan restoran yang diusahakan oleh pelakon Rita Rudaini iaitu Rumah Kueh
Restoran tersebut memberi kemudahan kepada penduduk sekitar bandar Kuala Lumpur untuk merasai kuih-muih tradisonal yang penjualannya kurang meluas di sana.
Bagaimanapun baru-baru ini dikhabarkan restoran itu telahpun ditutup selepas setahun beroperasi.
Rita dalam sebuah wawancara terbaru mendedahkan punca beliau terpaksa menghentikan seketika aktiviti perniagaannya.
href="http://ift.tt/2sn8FjI" title="punca perniagaan restoran rita rudaini rumah kueh ditutup 2">
Kredit foto: peraktoday.com.my
Sebenarnya keputusan saya menutup restoran itu bukan kerana ada apa-apa masalah sebaliknya kontrak menyewa premis itu sudah pun tamat baru-baru ini. Antara alasan lain saya tidak menyambung kontrak kerana pelanggan tidak ramai memandangkan kawasan itu bukannya tumpuan orang kerana ia masih baru.
Sumber: Mstar
Dalam masa yang sama, aktres itu mempunyai perancangan untuk membuka semula restoran berkenaan pada masa akan datang, tetapi di lokasi yang berlainan. Buat masa ini Rita memilih untuk memberi fokus kepada jadual kerjaya seninya yang semakin padat.
No comments:
Post a Comment