Friday, February 8, 2019
Jika tinggalkan rumah lama, ini tips untuk memastikan kesegaran makanan dalam peti ais.
Sumber makanan yang baik, bersih dan suci antara faktor kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik serta jauh dari segala keraguan terhadap makanan. Makan dan minum merupakan fitrah semulajadi manusia untuk memperolehi tenaga dan kesihatan.
Ini menunjukkan bahawa Islam sangat mengambil berat tentang permakanan yang baik, bersih, suci, selamat serta halal kerana makanan merupakan suatu keperluan asas harian yang diperlukan oleh manusia. Maka sebab itulah kita perlu menitikberatkan soal sumber makanan.
Apabila kita meninggalkan rumah dalam jangka waktu yang lama contohnya balik kampung atau bercuti, sudah tentulah kita akan tutup semua lampu-lampu dan plug untuk keselamatan selain mengelak pembaziran.
Kebiasaannya kita tidak akan menutup suis peti sejuk dan dibiarkan selama 24 jam bagi menjamin kesegaran makanan yang ada dalam peti sejuk. Namun apa yang akan terjadi jika dalam masa 5 hari kita tinggalkan rumah rupa-rupanya 3 hari pertama itu rumah kita ‘blackout’ tapi masa kita dah balik rumah suis dah ok.
Apa yang terjadi pada peti ais kita sepanjang takde elektrik tu?
Jom kita baca dan hayati perkongsian dari Rizzal Abdullah ini:
______________________________________________________________________________
Bro,
Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer.
Ape kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar..
Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau.
Kalau U tinggal rumah lama-lama, U tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, U tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?.
Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.
Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam u punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak U macam mana?
Kalau terputus 2 – 3 jam OK lg. Kalau TNB rasa nak biar 2 – 3 hari? Kalau seminggu?
Kalau semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer U akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan U tak perasan.
Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh mati.
Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..
Tapi apa kaitan syiling tu?
Ini tip untuk agak berapa lama freezer tu OFF. U perlu;
Syiling
Gelas plastik yang lut sinar
Air
APA NAK KENA BUAT:
*Mula-mula u isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.
*Lepas tu letak syiling atas ais tu.
*Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.
*Kalau syiling tu masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
*Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.
*Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.
Terima kasih Uncle Chan Kui Peng – wise old man.
Moga perkongsian ini membantu kita memelihara kesihatan kerana Islam sendiri amat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan. Sumber makanan yang baik juga mencerminkan keperibadiaan seseorang insan.
Sumber kredit: Rizzal Abdullah via sekkito.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment