Friday, July 29, 2022

Berjaya miliki kereta idaman, Puteri Sarah bangga mampu beli atas usaha sendiri




 Kontroversi-kontroversi yang sedang hangat diperkatakan sejak beberapa waktu kebelakangan ini sama sekali tidak membuatkan pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berputus asa dalam bekerja.

Beli kereta baru

Dia yang dilihat sebagai wanita hebat terus maju kehadapan dengan gigih bekerja untuk keluarganya terutama anak-anak.

Menerusi perkongsian terbaru isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof, di Insta Story, dia telah memuat naik momen ketika mengambil kereta baru yang dibeli atas usaha gigihnya selama ini selepas mulai bekerja semula.

Melalui laporan dari Harian Metro, Puteri Sarah memaklumkan kereta tersebut merupakan kereta idamannya iaitu  jenis Mercedes-Benz A-Class  yang dibeli dengan harga kira-kira RM250,000.

Wang hasil titik peluh sendiri

Tambahnya, kereta berkenaan dibeli dengan wang titik peluhnya sendiri setelah kembali berlakon dan menjalankan perniagaan selepas hampir 5 tahun menjadi suri rumah.

“Alhamdulillah, selepas lima tahun menjadi suri rumah, saya bangkit dengan kembali bekerja. Sepanjang tahun lalu saya aktif semula berlakon dan membuat beberapa perniagaan. Hasil titik peluh itu dapatlah saya membeli kereta idaman sendiri.
Mungkin orang melihat ia biasa, tapi bagi saya ia cukup bermakna. Saya mahu buktikan pada orang ramai yang selama ini selalu bercakap saya hanya bergantung harap dengan duit suami.
Apabila saya membeli kereta ini dengan hasil usaha dan kerja keras sendiri, rasa terharu dan sebak dibuatnya. Tidak menjangka juga saya boleh sampai ke tahap ini. Terima kasih keluarga, kedua ibu bapa dan mentua serta anak-anak,” katanya.

Kredit : Oh My Media / HMetro online 


No comments:

Post a Comment