Gambar
Hari ni saya share satu lagi kekesalan yang saya ada selepas pemergian suami.
Ye.
Saya dan suami rupanya tak banyak gambar berdua selama 11 tahun perkahwinan kami.
Gambar berdua tanpa anak2.
Rasanya tak sampai 20 keping.
Adoi la.
Masa duk belek2 gambar dalam phone, pen drive, google drive..tertanya juga ..
kenapa lah waktu itu takde gambar berdua.
Saat bercuti bersama
Atau sekadar pergi ke tesco ke apa ke.
Sebab bila dah kehilangan ni, lain rasanya bila melihat gambar berdua.
Ada rasa kasih, cinta, sayang di situ.
Lain la.
It is just different.
Jadi sekarang, saya akan pastikan saya ambik gambar bersama anak2.
Apa saja yang kami lakukan.
Ke mana saja yang kami pergi.
Sampai anak2 dah boring
Tapi saya selalu ceritakan kekesalan saya mengenai ketiadaan gambar bersama suami.
Mereka faham.
Walaupun kadang2 ada protes.
I want to be part of the picture.
Not only the moment.
Sebab apa tau, nanti bila dah takde..anda scroll balik gambar..gambar itu seolah2 berbicara.
Ada kisah di sebalik gambar2 tersebut.
Jadi sahabat2 yang masih berpasangan, ambik gambar berdua banyak2 ye.
Ambil kisah saya sebagai teladan.
Take care, peeps!
Love,
Nurul
Gambar
Ni contoh gambar berbicara.
Iaitu:
Saya tak tahu yang arwah suami akan cum dahi saya secretly. Everytime tengok gambar ni, it makes me smile. Tersipu-sipu malu.
Sadly, this is our last pic together. Taken in 2017. Tengah heavily pregnant dengan khadijah.
Yup.
2017.
Last pic together.
Nukilan Nurul Mohd
No comments:
Post a Comment