Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang guru selebriti, Cikgu Zack Kirana bertindak membetulkan lirik ‘denyut jantungku berdebar’ dalam lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Susulan itu, menerusi hantaran yang dimuat naik Cikgu Zack di laman Instagramnya, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya memandangkan ada individu yang telah menghina serta mencercanya dengan menggunakan perkataan kesat di laman media sosial.
Cikgu Zack sudah hilang sabar!
Malah, tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh individu tersebut telah menyebabkan maruahnya jatuh sebagai seorang pendidik anak bangsa dan pendukung Bahasa Melayu.
Jelasnya lagi, dia tidak akan memandang rendah terhadap isu ini dan aduan itu bertujuan tidak mahu membiarkan individu tersebut terus melakukan jenayah siber buli ke atas dirinya .
“Saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu berkenaan. Saya tidak akan berdiam diri. Saya antibuli, lebih-lebih lagi buli siber. Malaysia ada undang-undang, Saya lawan!” tegasnya.
Semoga dapat keadilan cikgu Zack
Sementara itu, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Cikgu Zack serta mendoakan urusannya dipermudahkan dan berharap dia akan mendapat keadilan yang sewajarnya.
Malah, mereka turut menyokong tindakan yang dilakukan olehnya memandangkan dia mempunyai hak untuk bersuara serta memberikan pendapat sebagai cikgu Bahasa Melayu.
Kredit : Tak tahan jadi mangsa buli siber, Cikgu Zack Kirana buat laporan polis (ohmymedia.cc)
No comments:
Post a Comment