Tuesday, July 26, 2022

Terlalu subur, doktor saran Iqbal segera berkahwin



 PETALING JAYA – Selebriti media sosial yang juga penyanyi, Iqbal Zulkefli mengakui sering dinasihati doktor untuk segera berkahwin kerana terlalu subur.

Menurut Iqbal, fakta tersebut diperoleh hasil ujian kesuburan yang dilakukan meskipun masih belum berumah tangga.


“Sebelum perkahwinan (tidak jadi) hari itu, saya sudah jumpa doktor untuk periksa kesuburan. Alhamdulillah semua baik. Malah doktor sarankan saya berkahwin awal sebab terlalu subur.

“Sampai sekarang doktor gelakkan saya apabila kami berjumpa. Doktor risau saya menjadi stress (tertekan).

“Entahlah berkahwin pun jadi stress. Tak berkahwin stress lain pula. Apa pun tentang zuriat, terserah kepada Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal turut memberi gambaran secara am mengenai ujian kesuburan yang dilakukan serta kos yang terpaksa dikeluarkan bagi proses tersebut.

“Kos test (ujian) kesuburan air mani lelaki RM150-RM400. Tetapi dengan doktor saya, RM50 sahaja. Doktor akan periksa kuantiti, bentuk dan pergerakan sperma (sperm motility).

“Sebelum test kita perlu puasa atau tidak boleh bersama sekurang-kurangnya tiga hari. Amat menyeksakan. Elakkan minum kopi dan tidur mesti cukup rehat.

“Doktor saya ada bagi tip untuk banyakkan kuantiti sperma. Itu rahsia tak boleh cerita di sini. Rawatan in tidak semestinya untuk orang berkahwin sahaja,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, Iqbal yang popular menerusi single Hujan turut membidas tanggapan dan skeptikal orang ramai yang menyifatkan mengambil anak angkat hanyalah bertujuan untuk content (kandungan) semata-mata.

“Ya, ada yang fikir saya ambil anak angkat semata untuk jadikan content. Mereka tidak tahu di sebalik hari-hari bagaimana saya menjaganya.

“Bukan senang, tidak semua orang mampu. Sekarang apabila berbelanja, saya sudah lupa untuk beli barangan mewah saya sendiri.

“Lebih seronok belikan untuk Ziyad. Terima kasih sebab faham. Banyak yang terbuku dalam hati, orang hanya menilai,” ujarnya.

Terdahulu, Iqbal menerusi Instagram bertarikh 30 April memberitahu niat murninya mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Ahmad Ziyad yang kini berusia tiga bulan. – KOSMO! ONLINE

Kredit : Terlalu subur, doktor saran Iqbal segera berkahwin - Kosmo Digital


No comments:

Post a Comment