SHAH ALAM - “Jiwa saya cukup terseksa kerana isteri sangat ‘gengster’ hinggakan sepak terajangnya ibarat dah jadi ‘makanan’ buat saya.”
Itu luahan hati seorang eksekutif sebuah syarikat swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 37, menjadi mangsa si isteri sejak empat tahun lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Salman berkata, pada awal perkahwinan, mereka bahagia namun tidak menyangka sikap si isteri yang berusia 34 tahun, kemudian berubah apabila semakin panas baran tidak bertempat.
“Keadaan semakin buruk apabila dia berani belasah dan sepak terajang saya setiap kali kami bertengkar.
“Namun, saya tak melawan sebab dia ugut akan bunuh diri,” katanya.
Salman juga mengesyaki isterinya menghidap bipolar yang agak serius.
‘Mahligai dibina ibarat mimpi ngeri’
Dalam pada itu, mahligai yang dibina selama 14 tahun ibarat mimpi ngeri buat seorang pengurus kilang kerana menjadi mangsa keganasan sikap isterinya.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Muthu, 40, berkata, penyeksaan yang dilaluinya cukup lama hingga dia nekad bercerai.
“Isteri saya ialah seorang suri rumah tapi dia tegas, garang dan panas baran. Jadi sejak awal perkahwinan, dia yang kawal saya.
“Dia yang kawal gaji dan tidak benarkan saya hulur duit kepada ibu bapa atau adik-beradik,” ujarnya.
Sikap isterinya yang pemarah dan tidak tahan sabar menyebabkan Muthu kerap ditumbuk di muka setiap kali berlaku perselisihan faham antara mereka.
“Banyak kali mata dan muka saya lebam kerana ditumbuk isteri. Untuk tempoh itu, saya terpaksa bercuti kerana malu untuk berdepan dengan rakan sekerja,” katanya.
No comments:
Post a Comment