WANITA dari Dumai, Riau, Indonesia menjadi perhatian ramai apabila mengahwini TikToker, Surya Manurung yang mengalami sindrom Treacher Collins.
Shasa Puspita Dewi, 18, kini sah bergelar isteri buat Surya Manurung, 28, dalam satu majlis yang berlangsung baru-baru ini. Video dan foto perkahwinan mereka dikongsikan menerusi laman sosial TikTok tular.
“ALLAH sudah mempertemukan aku dengan lelaki yang soleh,” titip Shasa.
Keunikan dan ketulusan cinta pasangan ini menarik perhatian ramai. Video yang memaparkan upacara akad nikah antara Sasha dan Surya meraih 1.1 juta dan 3.3 juta tontonan.
Paling tinggi adalah video pasangan pengantin baru itu bersarapan bersama-sama iaitu 16.3 juta tontonan.
“Sarapan pagi bersama isteri tercinta,” tulis Surya.
Menurut Tribunnews, sebelum berkahwin Surya dan Sasha sering berkongsi gambar bersama di laman sosial.
Tidak hanya Surya memiliki pengikut ramai, wanita yang mesra disapa Dewi itu turut popular dengan 38,300 pengikut dan 364,300 tanda suka.
Jumlah itu bagaimanapun jauh ketinggalan berbanding suaminya yang memiliki 1.6 juta pengikut dan 23. juta tanda suka.
No comments:
Post a Comment