Sunday, October 23, 2022

AWAS! Geng Penyamun Bawa Parang Merompak Waktu Siang Kini Mengganas Di Klang




Dua kes samun bersenjatakan parang dilaporkan telah berlaku di Taman Intan, Kapar dan di Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang pada Isnin lalu.


Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, geng penyamun yang menjalankan aktiviti jenayah menyamun di siang hari tersebut pada mulanya merompak sebuah rumah di Taman Intan pada jam 3.05 petang.


Kejadian tersebut melibatkan seorang wanita yang sedang mengemas rumahnya dalam keadaan pintu dan pagar terbuka.


“Empat suspek bersenjatakan parang telah keluar dari sebuah kereta Proton Waja berwarna kelabu.

“Suspek kemudiannya telah menyamun mangsa yang ketika itu sedang mengemas di bahagian dapur rumah. Mangsa telah mengalami kerugian tiga rantai emas,” jelasnya.


Selang 15 minit kemudiannya, kira-kira pada pukul 3.20 petang, suspek yang sama telah menahan seorang lelaki menggunakan kenderaan mereka sebelum menarik dua utas rantai emas miliknya.


“Nilai kerugian bagi kedua-dua kes dianggarkan RM35,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” tambahnya lagi.

Salah satu dari kes tersebut tular di media sosial menerusi dua video rakaman CCTV berdurasi masing-masing 20 dan 50 saat.

Kredit : https://odisi.my/2022/10/37183/?fbclid=IwAR1aI7OqEawcLno_5U-dNR3S0tf-g9OsXpNPaYRR9DYTG6_4Tx2tegxGJ7Y#l9lgzh6hqdfysaj0lbm

No comments:

Post a Comment