Thursday, June 9, 2011

Adakah bayi anda seorang genius???

… walaupun anda bukan seorang genius..
… walaupun anda mungkin lulus SPM setakat cukup-cukup makan aje…
… walaupun anda mungkin tak lulus SPM pun…
:-D
Salam ceria,
Ramai yang tidak sedar tentang perkara ini.. Ya, perkara yang saya maksudkan adalah bayi yang anda lahirkan adalah seorang genius.. Walau bagaimana sekalipun keadaannya sewaktu dilahirkan..
Tidak kiralah samada bayi anda lahir dengan sempurna sifatnya, atau kurang sempurna sifatnya.. Apa yang pasti Allah S.W.T. menganugerahkan anda dengan bayi yang sempurna akalnya..
Seringkali ianya di luar kesedaran kita (termasuklah saya sehinggalah akhir-akhir ini…)..
Kita sering menyangka yang apabila bayi dilahirkan kurang sempurna sifatnya, maka akalnya juga kurang sempurna..
Ternyata sekumpulan penyelidik dan pendidik dari The Institutes For The Achievement Of Human Potential membuktikan sangkaan saya salah (dan mungkin juga sangkaan anda…)..
Bukan sekali mereka berjaya membuktikan bahawa bayi dengan sifat yang kurang sempurna juga boleh mencapai potensi yang lebih dari jangkaan, malahan beratus dan beribu kali mereka membuktikan bahawa bayi dengan sifat yang kurang sempurna boleh mencapai potensi melebihi bayi yang dilahirkan sempurna JIKA diberikan stimulasi yang betul..
Mereka membuktikan bahawa semua bayi dilahirkan sebagai seorang genius dan berpotensi untuk mencapai tahap genius tanpa mengambil kira kesempurnaan sifat mereka..
Dan sekarang ini, walaupun setiap kali doktor memberitahu bahawa perkembangan bayi dalam kandungan saya ini ‘cantik’ dan ‘sihat’, selagi dia belum keluar kita tak tahu kan..
Sudah tentu, saya sentiasa berdoa agar bayi yang saya kandung ini selamat dilahirkan dalam keadaan yang sempurna sifat dan akalnya..
Tetapi, kalau difikirkan dengan mendalam, sebenarnya dalam kandungan lagi bayi ini telah menunjukkan bahawa beliau adalah seorang genius.. Dan saya yakin begitu juga dengan bayi anda..
Oleh kerana saya menghidapi diabetes, bayi saya berisiko tinggi untuk lemas dalam kandungan.. Jadi, doktor menyarankan agar saya membuat kiraan pergerakan bayi sekurang-kurangnya 10x di antara 9 pagi hingga 9 malam..
Tetapi, ada masa-masanya (terutamanya pada hari yang bayi sibuk bermain pada waktu awal pagi), bayi asyik lena masyuk tidur dan enggan bergerak..
Sememangnya bila berlaku waktu sedemikian pasti risau kan..
Jika anda juga menghadapi seperti saya, jangan bimbang.. Ada penyelesaiannya..
Salah satu cara yang boleh dilakukan dan dicadangkan oleh OB seluruh dunia adalah meminum air sejuk.. Bayi tidak suka keadaan yang sejuk, dan bila anda minum air sejuk dia akan cuba bergerak untuk mengelakkan air sejuk tersebut..
Hakikatnya, manalah dia nak lari.. Tapi kalau anda tidak mahu bergurau dengan bayi dengan cara tersebut, ada satu lagi kaedah yang saya gunakan dan berjaya setiap kali..
Mudah saja, anda hanya perlu bercakap dengan bayi..
Itulah yang saya lakukan setiap kali saya hendakkan bayi bangun dan bergerak.. Saya kejutkan dia dari tidur dan bercakap dengannya sehingga dia bergerak..
Ada masanya ia akan mengambil masa sehingga 10 minit, tetapi seringkali bayi akan bergerak dalam masa 2-3 minit selepas saya bercakap.. Dan teruskan berbual dengan bayi sehingga saya benar-benar yakin bahawa beliau dalam keadaan yang sihat..
Apa kaitannya dengan genius?
Yalah, kalau difikirkan bayi itu berada dalam kandungan, lagipun dia belum faham bahasa lagi.. Tapi bila dengan suara ibu atau ayahnya (dan sejak 2-3 hari ni saya perasan beliau juga suka dengan bunyi spin washing machine) beliau akan segera menunjukkan reaksi..
Kan genius tu?
Belum lahir dah menunjukkan kegeniusannya.. Kalau diberikan ransangan yang betul selepas lahir?
Tentu saja bayi anda boleh menjadi Einstein, Mozart atau mungkin juga seperti Dr Mahathir kan..

Sumber : http://www.cikguazleen.com/2011/06/bayi-anda-adalah-seorang-genius.html

No comments:

Post a Comment