Kanak-kanak terutama yang masih bayi sememangnya mempunyai perasaan ingin tahu yang meluap-luap terhadap sesuatu benda atau permainan. Tambahan jika permainan tersebut mempunyai daya tarikan dari segi rekabentuk, warna dan jenis. Namun, sebagai ibu bapa, seharusnya meneliti dan memilih permainan yang sesuai untuk kanak-kanak demi keselamatan, kesihatan dan penjagaan emosi mereka.
Berikut adalah beberapa pilihan yang boleh dijadikan panduan untuk ibu-bapa dalam memilih permainan anak anda.
USIA 0-3 Bulan : Ibu bapa disarankan memilih permainan yang berwarna, cerah, rata dan bermotor untuk anak mereka yang berusia 0~3 bulan, kerana seawal usia ini penglihatan masih belum jelas.
Dengan pemilihan yang tepat seperti warna yang cerah akan meransangkan penglihatan serta mampu membantu melihat permainan tersebut dengan jelas.
USIA 6 Bulan : Pilih permaian untuk merangsang pertumbuhan giginya. Ibu bapa juga boleh memilih mainan dengan butang yang boleh ditekan atau bertekstur untuk merangsang kemampuan motoriknya. Pada usia ini, anak-anak mulai suka mandi, ibu bapa boleh memberikannya permainan yang mudah terapung bagi menemani aktiviti mandi tersebut.
USIA 7~9 Bulan : Apabila anak kita telah masuk usia 7-9 bulan, kita selaku ibu bapa perlu memilih permainan yang tepat seperti permainan jenis bergolek supaya anak-anak dapat mempercepatkan lagi rangsangan otak. Pada usia ini permainan jenis bergolek ini mampu juga merangsang interaksi serta komunikasi.
USIA 1 Tahun : Pada usia ini Ibu bapa boleh memilihkan permainan outdoor, seperti kuda tunggang atau kolam renang mini. Permainan yang merangsang koordinasi mata tangan seperti organ kecil atau menara susun menjadi alternatif.
USIA 2 Tahun : Pada usia ini buku dan juga permainan puzzle adalah permainan yang paling tepat untuk dipilih, pastikan permainan puzzle yang dipilih berunsurkan pelajaran dan setiap puzzle semestinya melebihi 10-20 keping. Puzzle adalah satu permainan yang memberikan rangsangan kepada mata, tangan dan imaginasi. Selain puzzle, permainan seperti bowling, traktor mini, dan Barbie mampu juga meransang otak supaya berimaginasi.
USIA 3 Tahun : Bagi kanak-kanak yang telahpun memasuki usia ini, permainan yang berbentuk conteng-conteng menggunakan pensil warna adalah pilihan yang terbaik kerana kanak-kanak dalam lingkungan usia ini amat kreatif. Ibu bapa disarankan memantau anak-anak yang sedang melakukan aktiviti ini supaya kecerderaan akibat tercucuk pensil tidak berlaku.
Ibu bapa haruslah memantau sebarang perkara yang dilakukan oleh anak-anak anda.
No comments:
Post a Comment