Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

Monday, June 19, 2017

18 Petua Menghilangkan Batuk Bayi & Kanak-Kanak. Untuk Selsema Juga!

PETUA MENGHILANGKAN BATUK BAYI DAN KANAK-KANAK

Bayi dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selsema. Ianya adalah normal jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa. Namun jika anak tiba-tiba tidak aktif, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segeralah bawa anak ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lajut. Tidak seperti orang dewasa yang boleh petua hilangkan batuk untuk orang dewasa.
Kebiasaannya, doktor tidak memberi ubat batuk dan selsema jika bayi masih di bawah 6 bulan. Doktor hanya akan memberitahu bahawa ianya normal bagi bayi kerana masih ada lendir yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir, iaitu batuk berkahak. Ia akan keluar sendiri melalui muntah atau najis. Jika diberikan pun hanya 1 ml ke 2 ml sahaja. Kalau asyik tidak hilang-hilang, boleh cuba cara hilangkan kahak yang ditulis sebelum ini.

Friday, June 6, 2014

Senarai klinik pakar untuk kanak-kanak dan bayi seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Senarai klinik pakar untuk kanak-kanak dan bayi seluruh Malaysia

Dibawah adalah senarai klinik pakar kanak-kanak di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, untuk memudahkan anda, hanya tekan CTRL+F dan cari lokasi yang dikehendaki.


Tuesday, May 20, 2014

Kanak-kanak maut jatuh dari tingkat 15

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 15 di perumahan flat Ulu Pudu, Cheras, di sini dalam kejadian jam 6 petang tadi.
Difahamkan mangsa Muhammad Danial Abdullah dipercayai bermain di tingkat 15 perumahan berkenaan sebelum terjatuh dari anjung bangunan yang menyebabkan mangsa mati ditempat kejadian.
Menurut sumber, mangsa yang merupakan anak kelapan dari 10 adik beradik disahkan meninggal dunia disebabkan kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Monday, May 19, 2014

Budak lemas dalam tong hitam

Malang tidak berbau! tetapi ibu bapa haruslah berwaspada dan berhati-hati agar keselamatan anak-anak sentiasa terjamin. Takziah buat keluarga mangsa...


DARI KIRI: Aminah, Syawal


Wednesday, May 14, 2014

Hi-5 versi Melayu akan ke udara di Malaysia...

Berita baik buat peminat-peminat Hi-5 di Malaysia..... 

Hi-5 versi Melayu
Program muzikal pendidikan, Hi-5, sememangnya mempunyai peminat setianya di seluruh dunia. Masakan tidak, di laman Facebook mereka saja, program dari Australia yang mula diterbitkan sekitar 1998 itu sudah pun memiliki hampir setengah juta pengikut. 

Monday, May 12, 2014

Anak menangis malam dan sawan tangisan, apakah ia dan bagaimana meredakannya.

Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.


Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.

Sunday, May 11, 2014

Demam campak di kalangan kanak-kanak

Demam Campak

Demam campak (Rubella) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Saturday, May 10, 2014

Kembung perut di kalangan kanak-kanak dan bayi

Kembung Perut

Apa itu kembung perut (Colic)?
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Diagnosis ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.

Bayi dan kanak-kanak yang menghadapi selsema

Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang anda melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius.

Friday, May 9, 2014

Resipi Makanan Pelengkap untuk kanak-kanak dan dewasa

Resipi Makanan Pelengkap

Bubur Nasi Pelangi
(Hidangan 10 orang)
Bahan-bahan
195g beras wangi, dibasuh dan dituskan
3l air
2 keping dada ayam
1 biji bawang bersaiz sederhana (potong 8 ala wedges)
1 cm halia, dihiris
1 biji lobak merah bersaiz kecil, diparut
50g kacang buncis, dihiris
1 biji kentang bersaiz kecil, diparut

Thursday, May 8, 2014

Kanak-kanak dan kencing manis (diabetes)

Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

Apakah diabetes mellitus?
  • Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
  • Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.
  • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
  • Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

Wednesday, May 7, 2014

Anak anda Enggan Makan? Baca informasi ini...

Enggan Makan

Pengenalan
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak-kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya. Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Masalah ini jarang disebabkan oleh penyakit yang serius.
Apakah yang dimaksudkan dengan enggan makan?
Keengganan untuk makan berlaku apabila kanak-kanak menolak makanan baru yang diperkenalkan kepadanya atau apa jua makanan ditawarkan kepada mereka.

Rawat anak Hiperaktif

MEMAHAMI sifat anak sukar duduk diam, kurang memberi tumpuan kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat, penting bagi membantu ibu bapa mengendalikan mereka dengan baik.
Istilah yang kebiasaannya digunakan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat ialah hiperaktif. 

Permainan yang sesuai untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur

Kanak-kanak terutama yang masih bayi sememangnya mempunyai perasaan ingin tahu yang meluap-luap terhadap sesuatu benda atau permainan. Tambahan jika permainan tersebut mempunyai daya tarikan dari segi rekabentuk, warna dan jenis. Namun, sebagai ibu bapa, seharusnya meneliti dan memilih permainan yang sesuai untuk kanak-kanak demi keselamatan, kesihatan dan penjagaan emosi mereka.

Berikut adalah beberapa pilihan yang boleh dijadikan panduan untuk ibu-bapa dalam memilih permainan anak anda.

Melecur & Melepuh di kalangan kanak-kanak

Melecur & Melepuh

Pengenalan
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.
Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku ialah:
  • Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan.
  • Objek panas seperti sterika, dapur.
  • Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api.
  • Kebakaran bahan kima yang menghakis.
  • Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket yang terdedah.
  • Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.

Tuesday, May 6, 2014

Pemakanan Kanak-Kanak yang kurang Berat Badan

Pemakanan Kanak-Kanak yang kurang Berat Badan

Pengenalan
Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.

Kekuningan pada bayi yang baru lahir

Kekuningan pada Bayi Baru Lahir

Apa itu jaundis?
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.
Apa itu bilirubin?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Monday, April 28, 2014

Jangkitan telinga pada kanak-kanak


Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak.
Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

Friday, February 14, 2014

Senarai klinik pakar untuk kanak-kanak dan bayi seluruh Malaysia

Dibawah adalah senarai klinik pakar kanak-kanak di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, untuk memudahkan anda, hanya tekan CTRL+F dan cari lokasi yang dikehendaki.