Resipi Makanan Pelengkap
Bubur Nasi Pelangi
(Hidangan 10 orang)
Bahan-bahan
195g beras wangi, dibasuh dan dituskan
3l air
2 keping dada ayam
1 biji bawang bersaiz sederhana (potong 8 ala wedges)
1 cm halia, dihiris
1 biji lobak merah bersaiz kecil, diparut
50g kacang buncis, dihiris
1 biji kentang bersaiz kecil, diparut
3l air
2 keping dada ayam
1 biji bawang bersaiz sederhana (potong 8 ala wedges)
1 cm halia, dihiris
1 biji lobak merah bersaiz kecil, diparut
50g kacang buncis, dihiris
1 biji kentang bersaiz kecil, diparut
Cara memasak
- Didihkan 3 cawan air. Masukkan halia, bawang dan ayam. Masak selama 10 – 15 minit. Asingkan ayam dari stok dan buang kulit, tulang serta siat isi ayam.
- Masukkan semula tulang ayam ke dalam stok. Tambahkan 10 cawan air ke dalam stok.
- Masukkan beras ke dalam stok ayam dan masak dengan api perlahan sehingga menjadi bubur. Asingkan tulang ayam dan bawang dari bubur.
- Campurkan ayam dan sayur. Masak selama 10 – 15 minit.
Bagi bayi yang berumur 6 – 8 bulan, resipi ini boleh dihidangkan selepas dilenyek. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, bubur tidak perlu dilenyek dan boleh dimakan terus.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
| |
---|---|
Kalori (kkal) |
180
|
Protein (g) |
8
|
Lemak (g) |
3
|
Zat Besi (mg) |
1.2
|
Kalsium (mg) |
18
|
Bubur Oat Dengan Buah
(Hidangan 2 orang)
Bahan-bahan
15g oat
100ml susu perahan atau susu
10g pisang, epal, mangga atau betik segar – dilenyek
100ml air
100ml susu perahan atau susu
10g pisang, epal, mangga atau betik segar – dilenyek
100ml air
Cara memasak
- Masak oat menggunakan ½ cawan air.
- Apabila campuran mula mendidih, perlahankan api dan renehkan sehingga likat dan lembut.
- Tambahkan susu, masak selama seminit.
- Padamkan api dan biarkan sejuk.
- Campurkan buah sebelum dihidang.
Resipi ini sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
| |
---|---|
Kalori (kkal) |
181.0
|
Protein (g) |
8.3
|
Lemak (g) |
1.5
|
Zat Besi (mg) |
3.8
|
Kalsium (mg) |
225.0
|
Bubur Nasi Bersama Ayam Cincang dan Lobak Merah
(Hidangan 2 orang)
Bahan-bahan
10g beras
6g daging ayam – dicincang halus
10g lobak merah – dipotong dadu dan direbus hingga empuk
500ml rebusan stok ayam
6g daging ayam – dicincang halus
10g lobak merah – dipotong dadu dan direbus hingga empuk
500ml rebusan stok ayam
Cara memasak
- Masak beras bersama stok di dalam periuk. Kacau sekali.
- Apabila beras sudah menjadi bubur, tambahkan lobak merah dan daging ayam cincang. Renehkan sehingga masak.
- Sejukkan dan hidang.
Bagi bayi yang berumur 6 – 8 bulan, resipi ini boleh dihidangkan selepas dilenyek. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, bubur tidak perlu dilenyek dan boleh dimakan terus.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
| |
---|---|
Kalori (kkal) | 66 |
Protein (g) | 2.8 |
Lemak (g) | 0.4 |
Zat Besi (mg) | 0.2 |
Kalsium (mg) | 22 |
Mi Ikan
(Hidangan 2 orang)
Bahan-bahan
12g kepingan isi ikan – dihiris nipis
20g ikan bilis – ditumbuk halus
10g mi 3g bayam atau sayur berdaun (choy sum / sawi) – dipotong halus
500ml rebusan stok ayam
20g ikan bilis – ditumbuk halus
10g mi 3g bayam atau sayur berdaun (choy sum / sawi) – dipotong halus
500ml rebusan stok ayam
Cara memasak
- Rebus mi di dalam periuk sehingga lembut. Tapis dan bilas dengan air sejuk.
- Cincang mi halus-halus. Asingkan ke dalam mangkuk berasingan.
- Masak bayam atau sayur berdaun yang telah dipotong di dalam stok sehingga lembut.
- Tambahkan kepingan isi ikan dan mi ke dalam sup dan didihkan selama satu minit.
- Sejukkan dan hidang.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
| |
---|---|
Kalori (kkal) | 21.0 |
Protein (g) | 2.0 |
Lemak (g) | 0.7 |
Zat Besi (mg) | 0.2 |
Kalsium (mg) | 19.0 |
No comments:
Post a Comment