KUALA LUMPUR, 24 JUN 2014: Pelakon Azhar Sulaiman bakal selesai cara baik dengan guru yang didakwa menampar anaknya, Andika Rees sebanyak sepuluh kali kelmarin.
Azhar Sulaiman memilih untuk menyelesaikan secara aman demi menjaga hubungan serta nama baik sekolah anaknya yang kini pelajar tahun enam di sekolah tersebut.
"Memang pada mulanya saya agak 'panas' dengan apa yang berlaku tetapi bila difikir balik saya tidak sepatutnya bersikap begitu, jadi kini saya sedikit tenang.
"Saya marah, tapi tidaklah sehingga mahu merosakan institusi sekolah itu semata-mata untuk masalah anak saya ini.
"Tak perlulah saya dedahkan apa yang berlaku. Lagipun anak saya berada dalam keadaan baik, cuma mungkin dia ada sebab mengadu kepada saya," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Azhar Sulaiman diminta mengulas mengenai status yang dinaikkan ke dalam laman sosial Facebook kemarin yang mana seolah-seolah berang dengan tindakkan guru yang didakwa menampar anaknya sebanyak sepuluh kali. Malah dalam status tersebut dia seolah-olah mengugut mahu berjumpa dan bersemuka guru itu.
Pelakon popular era awal 90-an itu bagaimana pun akui bakal meneruskan hasratnya untuk berjumpa dengan guru tersebut tetapi hanya mahu berbincang secara aman.
"Saya ada menelefon cikgu berkenaan, itu pun tidak berniat untuk memarahi apatah lagi bersuara tinggi. Cuma saya hanya ingin tahu apa puncanya dan mengapa hukuman itu diberikan.
"Saya pun tak mahu panjangkan perkara ini dan akan berjumpa dengan cikgu itu dalam masa terdekat untuk bersemuka dan berbincang secara kekeluargaan untuk kebaikan anak saya.
"Yelah, hari ini cikgu itu salah, esok lusa mungkin saya atau anak saya yang salah. Manusia buat kesalahan. So let forgive and forget as Ramadan is coming soon," luahnya lagi.
Sumber : Murai.com.my
No comments:
Post a Comment