Wednesday, June 25, 2014

Nad Zainal buat laporan polis

Nad buat laporan polisGambar kecil Nad di sisi bekas kekasih, Azwan.
Dakwa diganggu bekas teman lelaki, diugut wanita tak dikenali 

Tidak tahan diganggu bekas teman lelaki, malah mendakwa diancam dan diugut wanita tidak dikenali, Nad Zainal membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, awal pagi semalam. 

Nad bagaimanapun enggan memberitahu butiran laporan yang dibuat terhadap bekas kekasihnya, Azwan Kombos. 

Pelakon terbabit membuat laporan polis itu sambil ditemani ibu bapa dan presiden kelab peminatnya. 

Nad mendakwa, seorang wanita yang tidak dikenali menghubunginya sebanyak tiga kali dengan menggunakan nombor telefon berbeza. 

Menurut Nad, beliau hairan bagaimana wanita terbabit memperoleh nombor telefon bimbitnya yang tidak pernah diberi kepada orang lain. Setiap kali menghubunginya, Nad mendakwa wanita terbabit bertutur dalam nada berbaur negatif.

No comments:

Post a Comment