Pelakon, penyanyi dan pelawakMunir kini mengesahkan beliau dah pun bercerai dengan isterinya.
Munir berkahwin dengan Yuhaznimie Yaakob pada tahun 2007. Sepanjang perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak
Munir akui baru sahaja bercerai dengan Yuhaznimie. Ini kata Munir kepada MediaHiburan:
"Jodoh kami sampai setakat ini sahaja. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama tetapi atas permintaan dia. Dalam perceraian, saya perlu memberitahu kepada umum supaya tidak timbul fitnah suatu hari nanti. Sekarang bekas isteri masih dalam tempoh edah.
"Sebenarnya sudah setahun kami cuba memperbaiki hubungan ini malah kami juga pernah mengambil pendekatan untuk pergi bercuti bersama. Tetapi akhirnya berpisah juga jalan terbaik untuk kami.
"Awalnya saya terkejut tetapi selepas menjatuhkan talak, hati saya rasa tenang. Ini merupakan pengajaran dalam hidup saya dan ianya adalah ketentuan Allah,"
Semoga pasangan ini terus move on dan mendapat kebahagian yang dicari.
No comments:
Post a Comment