Admin : Alhamdulillah, sejuk hati mendengar berita ni....
Seremban: Selepas empat hari dirawat di Wad Kanak Kanak Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), remaja kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sini mengalami peningkatan berat badan sebanyak dua kilogram.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang melawat remaja itu sebentar tadi berkata, ketika Muhammad Firdaus ditemui pada Sabtu lalu, berat badannya hanya 15 kilogram dan kini meningkat menjadi 17 kilogram.
Katanya, ia berikutan pihak HTJS memberikan penjagaan perubatan terbaik buatnya, makanan seimbang, penjagaan kulit dan badan yang mana ia menunjukkan perubahan positif buat Muhammad Firdaus.
Katanya, ketika awal dimasukkan ke HTJS, remaja itu tidak mampu duduk di atas katil dan kini mampu melakukannya malah sudah berinteraksi bersama orang ramai yang menziarahinya.
Katanya, ketika awal dimasukkan ke HTJS, remaja itu tidak mampu duduk di atas katil dan kini mampu melakukannya malah sudah berinteraksi bersama orang ramai yang menziarahinya.
BERAT badan Muhammad Firdaus yang hanya 15 kilogram ketika ditemui kini meningkat dua kilogram. FOTO Hazreen Mohamad
"Kita gembira dengan perubahan dialami Muhammad Firdaus dan memerlukan sebulan untuk memastikan penjagaan kesihatan dan berat badan remaja ini bertambah baik," katanya yang ditemui dalam sidang media di HTJS, di sini, sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment