Mohd Ali, 30, dalam perjalanan pulang bercuti di kampung halamannya, Kampung Jayor, Pagoh Muar, Johor.
Belia adalah anak keempat dari 8 beradik sedang mengikuti pengajian di bawah Skim Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) Kementerian Pendidikan di bawah USM.
Usaha menembual keluarga di Kampung Jayor tidak berhasil berikutan mereka sudah pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sementara itu jirannya, Galimi Saru, 35, menyifatkan Mohd Ali sebagai seorang yang peramah dan disenangi penduduk.
Galimi berkata, kali terakhir beliau melihat Mohd Ali ialah kira-kira dua tahun lalu apabila beliau pulang berhari raya dan tinggal di kampungnya selama hampir sebulan, sebelum kembali semula ke Belanda bagi meneruskan pelajarannya.
No comments:
Post a Comment