PUTRAJAYA: Sepupu kepada penyanyi terkenal negara, Datuk Hattan antara mangsa yang terbabit dalam nahas pesawat MH17 yang terhempas di di timur Ukraine berhampiran sempadan Russia, awal pagi tadi.
"Saya terkejut menerima berita mengenai nahas itu. Tetapi menjadi lebih terkejut apabila melayari internet untuk mengetahui lebih lanjut, nama sepupu saya iaitu seorang pramugari MAS, Dora Shahila Kassim, termasuk dalam kru pesawat berkenaan," katanya ketika ditemui di Hotel Marriot di sini, hari ini.
Mohd Shukri Shahabudin atau lebih dikenali sebagai Datuk Hattan, berkata beliau mengetahui kejadian nahas itu melalui aplikasi WhatsApp yang diterima oleh isterinya, yang juga bekas pramugari Malaysia Airlines (MAS), Datin Arianie Abidin.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 tengah hari waktu tempatan semalam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.10 pagi tadi. Ia yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal disahkan terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Russia.
No comments:
Post a Comment