Wednesday, February 11, 2015

RINGKASAN BERITA HARI INI. 11/02/2015

BERITA HARI INI. 11/02/2015

1.Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tewas dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan dan hukuman penjara 5 tahun nya kekal.

2.Pemimpin PR berpendapat hukuman keatas Anwar Ibrahim akan menjadikan mereka lebih teguh.

3.Kedutaan Australia dan Amerika di Malaysia meluahkan kecewa dgn keputusan Mahkamah Persekutuan.

4.Anwar menyifatkan hukuman keatas nya adalah keputusan mahkamah yg tunduk kepada politik.

5.Ketua Polis Negara mahukan pemimpin DAP Perak Nga Kor Ming di dakwa atas hasutan mengguling kerajaan dlm twitter nya.


6.Peguam Anwar, Ramkarpal berkata anak guaman nya masih mempunyai peluang terakhir untuk mengemukakan rayuan.

7.ADUN Simpang Pulai Chan Meng Kai di tahan polis atas dakwaan menghalang anggota polis menjalankan tugas di luar bangunan mahkamah persekutuan.

8.Kelayakan Anwar Ibrahim sebagai ahli parlimen terlucut serta merta dan SPR di jangka akan umum tarikh pilihanraya nanti.

9.Presiden MIC G.Palanivel di kecam kerana mengekalkan jawatankuasa kerja MIC tahun 2009 sebagai Jawatankuasa kerja sementara di mana kesemua mereka adalah penyokong nya.

10.PM lancar Indeks Syariah Malaysia yg merupakan yg pertama di dunia.

11.Kutipan zakat di Perlis naik 40%.

12.Penyanyi dan pelakun Ezad yg bekas vokalis Exist di denda RM3,500 atas kesalahan menghisap dadah.

13.Mahkamah Tinggi K.Lumpur menolak saman RM500,000 yg di kemukakan keatas Zizan oleh bekas pembantu peribadinya.

14.Sebanyak 25 jenis barang telah pun turun harga sejak julai 2014 menurut Menteri Perdagangan.

15.Penjawat awam yg terjejas kerana banjir dan mempunyai pembayaran dgn koperasi kebangsaan atau Angkasa di benarkan menangguh pembayaran.

16.Kes denggi di Kedah meningkat 40%.

17.MRSM Sarawak tidak menghalang kebebasan agama mana2 pelajar nya.

18.Sepanjang 2014 seramai 18,049 pendatang telah di usir keluar dari Sabah dlm 330 operasi yg di buat.Dari jumlah ini 3,751 adalah dari Filipina dan bakinya dari Pakistan,China,India,Turki dan Thailand.

19.Bekas Ahli Parlimen Padang Serai N.Gopalakrishnan di reman 3 hari kerana menuduh polis Pulau Pinang yg berketurunan India membantu Gang04.

20.Seorang penganggur di dakwa di Mahkamah Butterworth atas tuduhan memiliki bom tangan di rumahnya di Bukit Mertajam.

21.Johor melantik 40 pegawai tambahan untuk memantau pelaksanaan GST di negeri itu.

22.Kemasukan pelancong dari India ke Malaysia naik 20.7%.Sejak januari 2014 hingga Oktober seramai 643,335 pelancong negara itu masuk ke Malaysia.

23.Ribut menyebabkan kerosakan kepada 17 buah rumah di Taman Satria, Senawang di Negeri Sembilan.

24.MCA mengajak DAP bersatu dgn mereka bagi menghalang PAS melaksanakan hudud.

25.Sebanyak 15,000 bas sekolah di seluruh negara akan di hiasi dgn lukisan2 kartun dan watak tv terkenal yg di minati kanak2 oleh sebuah syarikat pengiklanan.

26.Polis menahan 23 lelaki termasuk 5 warga Nepal yg sedang leka minum air ketum dlm sebuah ladang kelapa sawit di Kg Balik Bukit di Nibong Tebal.

27.Waran tangkap di keluarkan kepada Doris Jones iaitu wanita dari Penampang Sabah kerana di percayai dalang di sebalik gerakan SSKM yg mahu Sabah Sarawak keluar Malaysia.Doris yg berkahwin dgn warga Britain di percayai berada di luar negara.

28.Polis akan siasat Exco kerajaan negeri P.Pinang Chong Eng kerana membidas JAIS atas khutbah jumaat minggu lalu yg menyeru wanita menutup aurat bg mengelak di ganggu dan di rogol.

29.Pertikaian mengenai status agama pensyarah Maktab Perguruan Tunku Bainun Dr Teh Koon Hoo antara Majlis Agama Islam P.Pinang dan keluarganya akan di putuskan oleh mahkamah.

30.Rokok tiruan bernilai RM7.7 juta di rampas oleh Kementerian Perdagangan dlm sebuah gudang di Nilai.

31.Beberapa peniaga besar dan restoran setuju mengurangkan harga barangan atau jualan sebanyak 5% selepas bertemu kementerian semalam.Antaranya adalah Mydin dan rangkaian 12Q-Bistro Restaurant.

32.Taman perumahan atas laut dgn konsep bunga raya di Port Dickson makin laris di kalangan pembeli.

33.Empat dari sekeluarga di Taman Alam, Kapar di Klang berada di hospital kerana demam denggi.

34.Malaysia menang acara seni mempertahankan diri Silamban siri ketiga peringkat dunia yg berlangsung di Pasir Gudang dan turut di sertai 8 negara termasuk Uzbekistan dan Portugal.

35.Wakil negara JDT tewas 0-3 kepada Bangkok Glass dan cuma layak bertanding peringkat AFC .

No comments:

Post a Comment