1.Kerajaan mengumumkan penurunan tarif elektrik sebanyak 2.25 sen bagi setiap kwj untuk Semenanjung dan untuk Sabah serta Labuan pula sebanyak 1.20 sen.Harga ini akan mula berkuatkuasa dari 1 Mac hingga 30 jun 2015.
2.Penurunan ini di jangka membuatkan TNB susut pendapatan sebanyak RM371 juta.
3.Sebelum ini pengeluar barangan keperluan mendakwa harga barang tidak dapat di turunkan walaupun penurunan harga minyak kerana kos dari harga tarif elektrik.
4,Bagaimanapun FOMCA mahukan kadar penurunan tarif elektrik ini di buat untuk sepanjang tahun.
5.UEM Group, Bank Islam, Bank Rakyat, Felcra adalah antara penyumbang yang memberikan RM10 juta kepada PM untuk kerja pemulihan masjid di Kelantan dalam 1 majlis khas di Putrajaya kelmarin.
6.Bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu menyifatkan apa yang berlaku dalam parti itu kini seperti membakar rumah sendiri.
7.Kabinet memutuskan bahawa Menteri Asas Tani Datuk Ismail Sabri perlu menjelaskan mengenai kenyataan nya dalam facebook yang di anggap perkauman kerana menuduh peniaga cina sebagai dalang utama kenaikan harga barangan di Malaysia.
8.Kementerian Perdagangan berkata mereka sedang mengkaji mengenai harga gas memasak yang di katakan tidak naik selama 14 tahun.Rungutan pengguna dan peniaga akan turut di ambil kira.
9.Pakatan Rakyat akan bersidang pada Jumaat ini untuk membincangkan mengenai langkah seterusnya pakatan itu yang ketiadaan Anwar Ibrahim.
10.Wan Azizah atau Nurul Izzah di ramal menjadi Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim.Bagaimanapun nama Azmin Ali juga timbul untuk jawatan ini.
11.Nurul Nuha iaitu anak perempuan Anwar Ibrahim dan adik kepada Nurul Izzah di jangka akan di calunkan sebagai calun PKR di Permatang Pauh nanti .
12.Diskaun tol sebanyak 20% - 30% akan di beri kepada pengguna di Lebuhraya Plus dan Prolintas sempena Hari Raya Cina nanti.
13.MKJR Kelantan menjangkakan aliran trafik yang sesak dan luar biasa di negeri itu pada musim perayaan Tahun Baru Cina kerana menjangkakan ramai yang akan balik untuk melihat keadaan kampong selepas banjir.
14.Kerajaan Negeri Sembilan akan hentikan permit untuk pusat hiburan di negeri itu.
15.Sultan Perak Raja Nazrin sudi mencemar duli hadiri Majlis Menghafaz Al Quran peringkat negeri di Intim, Ipoh .
16.Harga barang basah di Labuan di dapati masih mahal dan Kementerian Perdangangan Wilayah akan memanggil semua untuk berdailog.
17.Tapak Pelupusan Sampah Jelutong di bawah kendalian Majlis Perbandaran Pulau Pinang terbakar.
18.Tiga lagi sekolah tami akan di bina di Selangor iaitu di Klang, Cheras dan Petaling Jaya menurut Timbalan Menteri Pendidikan .
19.Kartunis pro pembangkang Zunar di tahan di rumah nya di Jalan Pantai Murni , Pantai Dalam KL kerana twitter nya yang berbaur hasutan.
20.Sebanyak 45 anggota pemuzik jalanan atau Buskers akan berhimpun di 3 pusat membeli belah di Kuala Lumpur mulai 21 Februari ini untuk mengadakan persembahan selama 4 bulan.Tempat2 ini adalah Berjaya Times Square, Pavillion dan Quill City Mall.
21.Mayat warga Malaysia yang menjadi nahas Air Asia QZ8501 di Indonesia selamat tiba di Kuching semalam.
22.Seorang lelaki OKU di dakwa di Mahkamah Majister Selayang kerana membaling polis bertugas dengan selipar semasa Thaipusan.Suspek yang tidak mengaku salah sering di lihat menyertai perhimpunan anti kerajaan.
23.Perbicaraa keatas bekas pemandu Karpal Singh iaitu C.Selvam yang di tuduh memandu dengan cuai hingga menybabkan kematian pemimpin kanan DAP itu dalam kemalangan telah bermula di Mahkamah Kampar, Perak dengan anak mendiang Ramkarpal di panggil sebagai saksi.
24.Di Mahkamah Tinggi Georgetown Pulau Pinang ketua pembangkang BN Datuk Jahara Hamid turut memberikan keterangan dalam kes saman nya keatas Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menuduhkan sebagai 'Nenek Perkauman'.
25.MPPP akan mengadakan pusat bayaran 24 jam untuk pembayar kompaun kesalahan parking dan bayaran cukai pintu.
26.Satu sindiket di dapati aktif menipu kedai pajak gadai dan bank dengan menjual atau menawarkan barangan kemas palsu di Johor Bharu.
27.Kumpulan Jakson Five yang terdiri dari keluarga Michael Jackson akan mengadakan persembahan di Malaysia sempena Formula One pada 26 Mac ini.
28.Seleberti Sarimah Yusof perlu menyelesaikan status nya dengan suami sebelum ini Amir Andrew sebelum berkahwin dengan Tunku Jamie.
29.Seorang kakitangan kerajaan yang kini bekerja sebagai Ketua Pentadbir di Kementerian Sumber Manusia Shah Alam di dakwa di mahkamah menerima hadiah BMW bagi meluluskan permohonan lesen pajak gadai 3 tahun lalu.
30.Empat termasuk 2 warga Thai di tahan di sebuah rumah di Taman Desa Seraya . Alor Star kerana memilki pistol dan peluru.
31.Rangka manusia yang di percayai di bunuh dan di simen di jumpai dalam sebuah tong dram oleh 2 rakan semasa mahu memancing ikan di Bukit Beruntung, Hulu Selangor.
32.Seorang remaja maut dan rakan nya parah bila kedua mereka yang berusia 16 tahun merempuh lori yang sedang membelok di Jalan Kamunting- Taiping Perak.
33.Isteri kepada seoran sarjan polis di temui mati di bunuh dengan leher nya di kelar dalam kejadian di Taman Tanjung Emas, Tanjung Rambutan Perak.
34.Sebatang sungai di Limbat, Kubang Krian Kelantan di percayai menjadi tempat melupuskan motosikal curi sekitar Kota Bharu.
35.Sepasang kekasih yang bertunang sesat dalam hutan selepas di kejar 4 ekor anjing liar di tempat mereka bermadu asmara di puncak Bukit Jambul.Lelaki adalah seorang anggota polis dari Pahang
No comments:
Post a Comment