Pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.
Menurut portal Harian Metro, pasangan itu telah memfailkan perceraian terlebih dahulu pada 14 Jun lalu di mahkamah yang sama dan direkodkan di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.
Bagaimanapun, penyanyi Mizz Nina masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut apabila mesej tidak berbalas.
Dalam pada itu, terdapat seorang pengguna Twitter dikenali @thentang membuat ciapan berkenaan perkara itu dan memetik nama vokalis kumpulan Hujan itu selepas ditanya pengguna pengguna lain.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai beberapa buah video kurang sopan bersama wanita berbangsa cina sehingga menjadi bualan ramai. Tidak cukup dengan itu, turut tular tangkap layar daripada seorang individu mendedahkan Noh berlaku curang dibelakang isterinya, Mizz Nina.
Selain itu, Noh juga menafikan khabar angin mengenai masalah rumah tangganya bersama Mizz Nina dan menyelar tindakan wartawan tempatan yang sibuk menjaga tepi kain rumah tangga artis berbanding soal kerjaya.
Sekadar info,pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Musa bagi menyerikan rumah tangga mereka.
Sumber: Harian Metro, Twitter @thenthang
No comments:
Post a Comment