PETALING JAYA – ‘Abang tolong jangan seksa saya, tiga hari saya muntah paku, saya pulangkan duit abang, saya merayu pada abang, saya tak tahan’.
Demikian rayuan seorang individu yang dikatakan peniaga ‘scammer’ terhadap seorang pembeli apabila dia mula terseksa dengan kiriman ‘santau’ terhadapnya.
Situasi itu dikongsikan menerusi tangkap layar perbualan antara dua individu terbabit di aplikasi WhatsApp.
Menurut individu yang dipercayai pembeli, dia berbuat demikian gara-gara bengang dengan peniaga berkenaan kerana menipu dalam urusan jual beli.
Katanya, duit yang dibayar ‘lesap’ dan barangan tersebut tidak dihantar kepadanya dalam tempoh yang dijanjikan sehingga sanggup membalas dengan cara halus seperti itu.
“Aku cakap aku buat, kau bayar semula duit aku sebelum aku hantar lagi (santau) pada kau, salah orang kau nak scam,” katanya.
Dalam pada itu, tangkap layar perbualan tersebut menjadi tular di Facebook dan Twitter sejak Isnin lalu dan pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai.
Rata-ratanya terkejut dengan tindakan berani si pembeli dan ada yang beranggapan perkara itu adalah salah kerana ia dilihat kejam.
“Niat tak menghalalkan cara, walaupun dia pulang semula duit, dosa syirik dengan Allah?, dosa kita santau orang?, ciap Dahlia.
“Orang yang santau ini sebenarnya sama sahaja perangai dengan ‘scammer’, kejam,” ujar Ezal Daniel. – KOSMO! ONLINE
Sumber : https://www.kosmo.com.my/2022/08/04/scammer-mohon-maaf-terseksa-angkara-disantau-pembeli/
No comments:
Post a Comment